MAJLIS PEMBUKAAN OPERASI JENTERA BOMBA BERTANGKI 900 LITER PERSATUAN BOMBA SUKARELA BERAPIT

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PEMBUKAAN

OPERASI JENTERA BOMBA BERTANGKI 900 LITER PERSATUAN BOMBA SUKARELA BERAPIT

BUKIT MERTAJAM

 

10 APRIL 2022

YB Phee Boon Poh

EXCO Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri Pulau Pinang

YB Heng Lee Lee

ADUN Berapit

YB Steven Sim

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

YBrs Tuan Saadon Bin Moktar

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang

YBhg Dato Lee See Nee

Pengerusi Persatuan Bomba Sekarela kawasan Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah

En. Tan Soo How

Wakil Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Berapit, Bukit Mertajam

Anggota – Anggota Bomba Sukarela Berapit, Bukit Mertajam

Rakan-rakan Media dan Tetamu Jemput sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bomba Sukarela Berapit atas jemputan pada petang ini.

Saya berbesar hati untuk turut serta bagi bersama-sama menyaksikan satu (1) unit jentera bomba bertangki yang baharu, dengan kapasiti sebanyak 900 liter yang telah diimport dari Jepun untuk kegunaan Persatuan Bomba Sukarela Berapit bagi kerja-kerja operasi dan menyelamat.

Kerajaan Negeri sedia maklum dengan kekangan yang dihadapi oleh pasukan selama ini yang pada asalnya hanya memiliki satu (1) unit jentera bertangki dengan kapasiti 1,200 liter dan telah berkhidmat melebihi 20 tahun.

Dengan keahlian yang semakin bertambah dan kini sudah mencecah hampir 150 orang, adalah amat membahaya jika pasukan ini masih meneruskan penggunaan jentera yang lama ketika menjalankan operasi.

Justeru, saya telah memperuntukkan sebanyak RM30,000, di samping tambahan daripada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Berapit, Ahli Parlimen Bukit Mertajam serta beberapa sumbangan daripada pihak awam, sehingga membolehkan pasukan ini membeli jentera baharu dengan harga RM75,000.

Saya berharap dengan penggunaan jentera yang baharu ini, ia dapat terus mempertingkatkan prestasi dan keupayaan keseluruhan pasukan, sekaligus memudahkan tugasan ketika operasi kecemasan.

Sumbangan oleh pasukan bomba sukarela kepada masyarakat sememangnya tidak dapat dinafikan. Dengan adanya pasukan bomba sukarela dalam komuniti, mereka akan mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan sentiasa bersedia untuk masyarakat yang menghadapi kesulitan terutamanya apabila berlaku kebakaran.

Kerajaan Negeri amat menghargai segala usaha dan keringat yang telah diberikan oleh semua pasukan sukarelawan daripada pelbagai bidang yang sungguh bersemangat dan sanggup mengambil risiko demi berkhidmat kepada masyarakat dan negeri.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang