MAJLIS BERBUKA PUASA & PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA & PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022

10 APRIL 2022

YB Teh Lai Heng

ADUN Komtar

Yang Berbahagia Dato’ Haji Haja Najmudeen Kader

Presiden Liga Muslim Pulau Pinang

Encik Mohamed Asri bin Seeni Mohamed

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

Encik Mohamed Azmin bin Seeni Mohamed

Penaung Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

Encik Mohamed Sherif Ibrahim bin Abdul Karim

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

Encik Noor Mohamed bin SPK Mohd Abdullah

Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

Para Jemputan

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil atas jemputan sempena Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini.

Berbeza dengan 2 tahun lepas ketika mula-mula kita semua dilanda pandemik COVID-19, saya percaya sambutan bulan Ramadan pada tahun ini lebih meriah dan bermakna buat rakan-rakan Muslim yang ada di sini.

Ini merupakan penganjuran kali ke-5 dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil yang tidak pernah melepaskan peluang dan memanfaatkan platform ini dengan cukup baik, bersama-sama dengan masyarakat setempat.

Saya dan barisan Kepimpinan Kerajaan Negeri amat menghargai peranan dan usaha yang dimainkan oleh anda semua, terutama dalam menjayakan Visi Penang2030.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada seluruh jawatankuasa dari Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil atas penganjuran dan jemputan majlis yang cukup bermakna ini.

Sekian, terima kasih.

 

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang