TINGKATKAN KADAR PICKids, DAPATKAN VAKSIN DI KLINIK-KLINIK BERHAMPIRAN

KENYATAAN MEDIA OLEH

KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB TUAN CHOW KON YEOW

PADA 24 JUN 2022 DI KOMTAR, GEORGE TOWN

_________________________________________

TINGKATKAN KADAR PICKids, DAPATKAN VAKSIN DI KLINIK-KLINIK BERHAMPIRAN

 

Sehingga 23 Jun 2022, data Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menunjukkan bahawa seramai 52.9 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah menerima suntikan satu (1) dos vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Dalam memastikan semua kanak-kanak layak memperoleh perlindungan sewajarnya daripada virus COVID-19, JKNPP dan Jabatan Pendidikan Negeri telah bekerjasama erat untuk meningkatkan prestasi PICKids di Pulau Pinang. Pemberian vaksin telah diberikan di dewan yang dikendalikan oleh pihak swasta, hospital swasta, klinik swasta, klinik-klinik kesihatan malah terdapat juga pasukan bergerak yang pergi ke sekolah untuk pemberian vaksin.

Dalam pada itu, beberapa sesi penerangan sama ada secara fizikal dan dalam talian juga telah dilaksanakan oleh pihak JKNPP dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) melibatkan pelbagai agensi termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), sekolah-sekolah swasta, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), sekolah-sekolah agama dan juga kepada pertubuhan-pertubuhan (NGO) yang berkaitan bukan warganegara.

Serentak itu, JKNPP turut memaklumkan bahawa pindaan kepada borang kebenaran juga telah dilaksanakan bagi meyakinkan ibu bapa bahawa vaksin adalah selamat, dan sekiranya mengalami sebarang kesan sampingan, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberikan rawatan sewajarnya kepada pesakit berkaitan.

Kini, walaupun pusat pemberian vaksin (PPV) telah ditutup bagi walk-in, sebanyak 13 klinik kesihatan (KK) awam masih lagi menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin PICKids secara janji temu. Klinik-klinik berkaitan adalah sebagaimana tersenarai:-

Daerah Timur Laut:

  •  KK Jalan Perak
  •  KK Sungai Dua (TL)
  •  KK Jalan Angsana
  •  KK Air Itam
  •  KK Jalan Macalister
  •  KK Tanjung Bungah

Daerah Barat Daya:

  •  KK Bayan Baru

Daerah Seberang Perai Utara:

  •  KK Kepala Batas
  •  KK Sungai Dua (SPU)

Daerah Seberang Perai Tengah:

  •  KK Seberang Jaya
  •  KK Bukit Minyak

Daerah Seberang Perai Selatan:

  •  KK Bukit Panchor
  •  KK Bandar Tasek Mutiara

Malah, bagi klinik swasta, sila layari https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find untuk senarai klinik dan hubungi pihak berkaitan bagi menetapkan tarikh janji temu.

Justeru, kasihanilah anak-anak kita. Ibu bapa perlu membuat keputusan yang betul dengan membawa anak di bawah jagaan masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pada kadar segera.

PICKids

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang