MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL RAKYAT KADUN BATU UBAN TAHUN 2022

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL RAKYAT KADUN BATU UBAN

TAHUN 2022

3 JULAI 2022

LOTUS’S SUNGAI DUA

YB Kumaresan a/l Aramugam

ADUN Batu Uban

YB Sim Tze Tzin

Ahli Parlimen Bayan Baru

 

YB Dato Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik

Ahli Parlimen Balik Pulau

YB Senator Fadhlina binti Sidek

Ahli Dewan Negara

 

Puan Kanageswari a/p Ganesan

Pengurus Cawangan Lotus’s Sg Dua

Ahli-ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Barisan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/ Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK)/ Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) KADUN Batu Uban

Agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN Batu Uban, YB Kumaresan Aramugam atas jemputan sempena penganjuran Karnival Rakyat KADUN Batu Uban Tahun 2022 pada pagi yang berbahagia ini.

Sesungguhnya saya amat gembira untuk turut serta bersama tuan-tuan dan puan-puan semua kerana platform sebegini sangat membantu ke arah merapatkan hubungan antara komuniti dan kepimpinan di pelbagai peringkat.

Program pada hari ini adalah salah satu contoh yang sangat baik daripada ADUN Batu Uban dan pasukannya kerana inisiatif melalui tawaran program outreach sedemikian membuka peluang kepada kita untuk lebih mendekati rakyat.

Melalui pelbagai program yang telah diatur termasuklah kesudian 14 agensi Kerajaan yang turut mengambil bahagian dalam membuat pameran dan membuka kaunter pelanggan, ia memudahkan rakyat daripada pelbagai peringkat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat yang terperinci berhubung dengan program dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Selaras dengan Visi Penang2030 – Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara dan semangat cintai negeri melalui kempen ❤️PENANG yang telah dilancarkan sebelum ini, objektif penganjuran program ini sangat bertepatan dalam usaha memperkasakan proses penyampaian dan perkhidmatan kepada rakyat.

Bagi pihak Kerajaan Negeri saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah membantu dan menjayakan siri ‘Hari Bertemu Pelanggan’ ini.

Saya berharap akan ada lebih banyak program turun padang seperti ini akan dilaksanakan oleh wakil rakyat bagi menyantuni masyarakat dengan lebih kerap sekaligus memberi peluang untuk memahami permasalahan yang dihadapi oleh akar umbi.

Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Karnival Rakyat KADUN Batu Uban Tahun 2022.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang