PENGUMUMAN PROGRAM CABUTAN BERTUAH LIGA FAP

PENGUMUMAN PROGRAM CABUTAN BERTUAH LIGA FAP

 5 SEPTEMBER 2022

Yang Berusaha Dato’ Syed Mohamad bin Syed Murtaza

Penaja

Yang Berusaha Datuk Tom Khoo Kay Seong

Penaja

Encik Alex Leong

Pengurus Northern Region redONE Network Sdn. Bhd.

Saudara Lau Keng Ee

Pengarah Pusat Khidmat Parlimen Tanjong/ KADUN Padang Kota merangkap Timbalan Pengerusi FA Penang

Encik L. Katherisan

Naib Pengerusi FA Penang

Encik Mohd. Faizul bin Abdul Rashid

Pengurus Pasukan FA Penang

Barisan hadirin, Tuan-tuan, Puan-puan dan barisan media sekalian,

Selamat tengah hari, Salam Harapan dan Salam ❤️PENANG.

Di bawah inisiatif Pejabat Parlimen Tanjong dan disokong oleh para penaja, kita akan mengadakan Program Cabutan Bertuah bagi peringkat akhir Liga FAP yang akan diadakan pada Oktober dan Disember nanti.

Inisiatif ini adalah sebagai salah satu tarikan baharu, di samping menggalakkan penyertaan daripada para peserta pertandingan ini.

Perincian Cabutan Bertuah adalah sebagaimana berikut:-

(i) Liga FAP Division 1 (Piala ❤️Penang)

> Dua (2) unit motosikal berjenama Wmoto (WM110) ditaja oleh Dato’ Syed Mohamad bin Syed Murtaza

(ii) Liga FAP – Under 19 (Piala Tanjong)

> Dua (2) unit motosikal berjenama Wmoto (WM110) ditaja oleh Datuk Tom Khoo Kay Seong

(iii) Liga FAP Division 2 (Piala redONE)

> Dua (2) unit telefon bimbit berjenama MI 11 Lite 5G NE & Satu (1) unit iPhone 13 ditaja oleh redONE Network Sdn. Bhd.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para penaja yang sentiasa menyokong inisiatif-inisiatif yang dirancang khasnya demi menjayakan penganjuran ini dan sekali gus memartarbatkan lagi pembangunan bidang sukan di negeri ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengajak para pemain untuk merebut peluang ini kerana hanya pemain yang berdaftar sahaja layak dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah cabutan yang amat menarik ini.

Sekiranya pemain tersebut tidak hadir maka cabutan yang dibuat adalah tidak sah, dan ia akan diberi peluang kepada orang lain.

Semoga dengan galakan ini, ia dapat menaikkan semangat para pemain untuk menyertai program-program yang diadakan, sekaligus melahirkan komuniti yang sihat dan sejahtera.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang