MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA ANJURAN DEWAN PERHIMPUNAN CINA PULAU PINANG

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW SEMPENA MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA ANJURAN DEWAN PERHIMPUNAN CINA PULAU PINANG

11 FEBRUARI 2024 (AHAD) | 910 PAGI

 

DEWAN PERHIMPUNAN CINA PULAU PINANG

 

Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

 

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah Binti Mohd. Nor

 

Yang Berhormat Dato’ Law Choo Kiang

Speaker Dewan Undangan Negeri

 

Yang Berhormat barisan Exco Kerajaan Negeri,

 

Yang Berhormat Timbalan Menteri,

 

Yang Berhormat barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) dan Ahli-ahli Parlimen,

 

Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri, Dato’-Dato’, Datin-Datin,

 

Rakan-rakan media; Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

 

Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, selaku penganjur Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina atas penganjuran majlis yang cukup meriah ini.

Dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Khadijah binti Mohd. Nor dalam acara tradisi ini sememangya telah menyerikan majlis pada kali ini.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua. Semoga tahun ini akan membuka lembaran baharu kepada seluruh warga negeri Pulau Pinang, dan diharapkan ia boleh menjadi satu pendorong kepada semua rakyat Pulau Pinang untuk lebih maju ke hadapan di dalam apa jua bidang untuk mencipta dan merencana masa depan yang lebih gemilang.

Mengambil peluang ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Tan Sri Dato' Seri Tan Khoon Hai dan jawatankuasa di bawah kepimpinannya kerana terus mengelolakan pelbagai jenis akitiviti serta program-program kemasyarakatan bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka. Usaha-usaha sebegini sememangnya sesuatu yang harus dipuji kerana secara tidak langsung memelihara tradisi sambutan perayaan yang menyumbang kepada warna-warni kehidupan perpaduan di Malaysia.

Seperti yang diketahui umum, Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang merupakan institusi Cina tertinggi di Pulau Pinang yang senantiasa memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi, budaya dan juga pendidikan di negeri ini. Saya amat menghargai usaha pihak Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang yang sering bekerjasama dengan dasar dan seruan Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta menerajui dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang.

Oleh itu, saya menyeru marilah kita bersatu serta bekerjasama dengan lebih erat dan berusaha sedaya-upaya untuk memacu Pulau Pinang terus menjadi barisan hadapan ekonomi negara, perintis inovasi, pembangunan sosial ekonomi di samping memastikan bahawa tiada pihak yang terpinggir daripada arus pembangunan ini.

Melalui gagasan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, diharapkan aspirasi ini akan terus membuka lebih banyak peluang serta ruang untuk menarik lebih banyak penyertaan dan kolaborasi dalam merangka hala tuju yang lebih relevan serta berkesan bagi memenuhi impian dan harapan rakyat.

Saya yakin dan percaya jalinan kerjasama yang strategik antara Kerajaan Negeri dengan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang ini mampu membantu merealisasikan Visi Penang 2030 dengan lebih cepat dan efisien.

Sebagai penutup kata, saya berdoa agar semoga kita semua sentiasa dalam kesihatan yang baik, dapat menghayatinya dengan sikap, nilai dan etika kerja yang baru serta penuh keazaman demi melahirkan sebuah Pulau Pinang yang lebih berkualiti tinggi.

Sekian, terima kasih.

各位槟州华人大会堂的理事、嘉宾,以及媒体朋友们,大家早上好!

在这个欢庆的春节,我很荣幸能与大家共同迎接新的一年。首先,感谢槟州华人大会堂的邀请,让我们能够在这里共同庆祝这一个传统而重要的节日。

槟州华人大会堂一直是槟州文化传承的坚实支柱,为社区提供了一个凝聚心灵的场所。你们的努力不仅让槟州的文化更加丰富多彩,也为社区带来了温馨与凝聚力。

各位,槟州政府一直积极加强和促进外来投资,将槟城打造成国内重要的工业发展重地。近年来,我们更加紧密地吸引外国先进与高科技工业的投资,以创造更多的就业机会,将槟州提升为本区域的高科技工业基地。

尽管我们在2023年面对各种挑战,但是槟州依然取得了令人瞩目的成绩。投资和经济复苏都排在国内前列,展现了槟州的坚韧和活力。2024年,我们期待槟州人民与州政府携手合作,再创新的辉煌。

各位,春节不仅是我们团聚的时刻,更是共同欢庆过去成就与未来憧憬的时刻。

槟州一直以来都是多元文化的典范,我们将继续加强民族团结,促进各族之间的交流与理解,共同创造一个更加包容、公正的社会。

多元文化是槟城的骄傲,我们将持续加强民族和谐,为槟州的长远发展奠定坚实的基础。

我们追求的不仅是经济的繁荣,更是社会的进步,以确保每一位槟州人民都能够分享到发展的成果。

在这个充满期待的新年里,槟州政府将继续努力迈向2030年的愿景,以期建设一个现代化、繁荣、和谐的槟州。我们将与各方合作,推动经济的创新和升级,培育更多的人才,为槟州创造更广阔的发展空间。

最后,让我们共同携手,共筑槟州的未来。在新的一年里,愿我们团结一心,共同努力,创造更美好、更繁荣的明天。谢谢大家!祝大家龙年大吉!

祝大家新年快乐,行运一条龙!

金龙贺岁,家和万事兴!

龙凤呈祥,家庭美满!

龙马精神,财源广进!

龙凤呈祥,合家平安!

PCTH

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang