MAJLIS RUMAH TERBUKA SYAWAL 2024 KELAB SUKAN DAN REKREASI KAWAN-KAWAN
NOTA PERCAKAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG YAB TUAN CHOW KON YEOW SEMPENA
MAJLIS RUMAH TERBUKA SYAWAL 2024
KELAB SUKAN DAN REKREASI KAWAN-KAWAN
26 APRIL 2024 (JUMAAT) ; 9.15 MALAM
DEWAN BELIA, LEBUH ACHEH
[Salutasi]
Salam sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani.
>> Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan atas jemputan sempena Majlis Rumah Terbuka Syawal 2024 pada malam yang berbahagia ini.
>> Saya difahamkan bahawa ini merupakan penganjuran kali ketujuh dan saya ingin mengucapkan syabas serta tahniah kepada Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan yang tidak pernah melepaskan peluang serta memanfaatkan platform ini dengan cukup baik, bersama-sama dengan masyarakat setempat.
>> Saya amat gembira serta terharu melihatkan perayaan Aidilfitri disambut dengan penuh meriah, toleransi dan kepelbagaian oleh masyarakat khususnya di Pulau Pinang yang tidak terhad kepada masyarakat yang beragama Islam. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa nilai perpaduan di negeri ini semakin utuh dan kukuh.
>> Seperti yang diketahui umum, kelab yang ditubuhkan pada tahun 2016 merupakan sebuah organisasi yang begitu aktif dengan mengadakan pelbagai program sukan dan kebajikan sepanjang tahun untuk masyarakat setempat.
>> Sebagai Ketua Menteri, saya ingin mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada Kelab Sukan Dan Rekreasi Kawan-Kawan di atas segala usaha dalam membangunkan sukan bola sepak negeri khususnya dalam kalangan remaja yang terdiri daripada kalangan pelbagai kaum di negeri Pulau Pinang.
>> Di sini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kelab di atas penganjuran Kejohanan Bola Sepak 9-Sebelah Piala ❤️ PENANG buat julung kalinya pada Oktober tahun lepas yang telah mendapat sambutan yang sangat baik.
>> Ketahuilah bahawa dengan penganjuran kejohanan seumpama itu mampu menjadi medan buat mencungkil bakat dan melatih anak-anak tempatan untuk lebih berdaya saing dalam arena bola sepak tempatan.
>> Sesungguhnya, Kerajaan Negeri sangat menyokong setiap kegiatan aktiviti sukan yang dapat melahirkan masyarakat yang sihat dan cerdas dalam usaha pembangunan sosial. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya akan terus menyokong serta komited dalam usaha untuk mempertingkatkan dan memperkasakan sukan bola sepak agar negeri ini dapat melahirkan pemain-pemain yang berkualiti untuk negeri Pulau Pinang serta Negara amnya, dan ini sejajar dengan hasrat Kerajaan dalam slogan ‘Sports For All’.
>> Sebagai penutup kata, saya sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Kawan-Kawan kerana mengambil inisiatif untuk menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Syawal 2024 ini.
Sekian, terima kasih.