MAJLIS MAKAN MALAM PENGUMPULAN DANA PERSATUAN BOMBA SUKARELA SUNGAI PUYU
TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM PENGUMPULAN DANA PERSATUAN BOMBA SUKARELA SUNGAI PUYU
29 JUN 2024 (SABTU) | 9 MALAM
SUNGAI PUYU
Terima kasih saudara/i pengacara majlis.
YB Nga Kor Ming
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Lim Guan Eng
Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih
YB Dato’ Seri Sundarajoo Somu
Exco Perumahan dan Alam Sekitar
Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Barisan Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai
YBrs. Encik Tan Kok Keong
Pengerusi Pasukan Bomba Sungai Puyu
Barisan Ahli Jawatankuasa Pasukan Bomba Sungai Puyu,
Rakan-rakan media serta hadirin yang dihormati sekalian.
Salam sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani.
Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Puyu kerana sudi menjemput saya untuk bersama-sama ke Majlis Makan Malam Pengumpulan Dana bagi Pembinaan Balai Bomba Baru bagi Persatuan Bomba Sukarela Sungai Puyu, Butterworth pada hari yang berbahagia ini.
Hadirin yang dihormati,
Persatuan Bomba Sukarela Sungai Puyu merupakan antara persatuan yang aktif di Pulau Pinang, menumpukan kepada hal ehwal kebajikan masyarakat sejak penubuhan pada tahun 1995 sehingga hari ini. Dengan keanggotaan seramai 120 ahli, pasukan ini telah membuktikan keupayaan mereka dalam menjalankan tugas-tugas tanpa mengira penat lelah demi menjaga keselamatan rakyat yang menetap di dalam kawasan Sungai Puyu ini khususnya, dan kawasan Seberang Perai ini juga amnya.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat bersyukur kerana mempunyai sebuah komuniti yang bersatu-padu dan sentiasa meletakkan kepentingan penduduk lokal sebagai keutamaan seperti PBS Sungai Puyu yang sudi bersama-sama kerajaan, bagai aur dengan tebing dalam usaha menjaga kebajikan rakyat dalam negeri ini.
Saya dengan ini ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat seluruh warga PBS Sungai Puyu atas segala pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini. Bukan sahaja di Pulau Pinang, malah PBS Sungai Puyu juga telah menabur banyak bakti di negeri-negeri lain seperti Pahang dan Selangor ketika mereka ditimpa musibah.
Sememangnya sumbangan oleh pasukan bomba sukarela kepada masyarakat tidak dapat dinafikan, terutamanya ketika hampir seluruh Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan air pada awal tahun ini, PBS Sungai Puyu merupakan antara persatuan yang menjadi barisan hadapan menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk tempatan dan kawasan sekitar. Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan.
Hadirin yang dirahmati,
Berkumpulnya kita di majlis yang mulia ini adalah bagi meraikan usaha pengumpulan dana bagi pembinaan Balai Bomba Persatuan Bomba Sukarela Sungai Puyu yang akan menelan kos sebanyak RM800,000. Saya telah dimaklumkan bahawa melalui usaha yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Pengumpulan Dana, PBS Sungai Puyu kini telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM700,000 setakat ini.
Oleh itu, saya meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 dan sebidang tanah seluas 13,500 kaki persegi di kawasan Sungai Puyu daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membantu Persatuan Bomba Sukarela Sungai Puyu membina balai yang baru. Saya juga berharap agar lebih ramai individu, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat akan tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda terima kasih kepada segala khidmat PBS Sungai Puyu kepada masyarakat selama ini.
Sebelum saya mengakhiri ucapan, bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang berada di sini. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada program-program yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
大家晚上好!很荣幸获得北海双溪浮油义务消防队的邀请,出席今晚筹募(chou2 mu4)新会所基金的晚宴。
各位,北海双溪浮油义消队是槟城最活跃的义消队之一,自成立以来一直义务为社区服务,包括参与火灾救援(jiu4 yuan2)、洪水救援、捕捉(bu3 zhuo1)蛇类、事故救援、登山失踪人员救援以及举办捐血活动等。
据我了解,双溪浮油义消队去年更成为全马唯一被邀请参加大马天灾特别拯救(zheng3 jiu4)队(SMART)训练的义务消防队。此外,该队不仅在双溪浮油地区为民服务,还参与了雪兰莪和关丹的灾害援助(yuan2 zhu4)工作。
这种卓越(zhuo2 yue4)的服务表现值得值得赞赏(zan4 shang3),所以槟州政府也拨出一块面积为1万3500平方尺的土地给该义消队。此外,为了表示对双溪浮油义消队及烈火英雄们的支持,我在此宣布,拨出2万令吉作为筹募(chou2 mu4)新会所的基金,希望起到抛砖引玉(pao1 zhuan1 yin3 yu4)的作用,获得更多热心人士参与这次的筹款行动。
最后,再次感谢大会的邀请,我相信只要大家齐心协力,将能更完善(wan2 shan4)本区的公共设施。在此也祝愿在座各位,身体安康、万事如意!谢谢大家。