MAJLIS PERASMIAN DEWAN BADMINTON PENANG INDIAN BADMINTON ASSOCIATION (PIBA)
UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,
YAB TUAN CHOW KON YEOW
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DEWAN BADMINTON
PENANG INDIAN BADMINTON ASSOCIATION (PIBA)
17 JUN 2023 | TAMAN BAGAN, BUTTERWORTH
Yang Berhormat Profesor Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang
Yang Berhormat Satees a/l Muniandy
ADUN Bagan Dalam
Yang Berbahagia Tan Sri Ramesh
Penaung Persatuan, Penang Indian Badminton Association (PIBA)
Yang Berbahagia Dato’ Seri Pulaventren
Penasihat Persatuan, Penang Indian Badminton Association (PIBA)
Yang Berbahagia Dato’ Kah Kau Kiak
Presiden Persatuan Badminton Negeri Pulau Pinang
Yang Berusaha Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar
Pengarah Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Pulau Pinang
Yang Berusaha Encik Thanabalan
Pengurus Pembangunan, Badminton Asia & Naib Presiden, Persatuan Badminton India Malaysia
Yang Berusaha Encik Durairajoo a/l Muniandy
Presiden, Penang Indian Badminton Association (PIBA)
Ahli-Ahli Jawatankuasa, Penang Indian Badminton Association (PIBA)
Para Jemputan
Rakan-Rakan Media
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi sekalian
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Penang Indian Badminton Association (PIBA) atas jemputan ke Majlis Perasmian Dewan Badminton PIBA pada pagi yang berbahagia ini.
Hasil daripada komitmen dan usaha sama pelbagai pihak, hari ini kita dapat menyaksikan sebuah lagi dewan badminton direalisasikan, dengan kapasiti 5 gelanggang berkarpet dan beberapa kemudahan lain termasuk pusat senaman (gimnasium).
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Di atas Lot 3388, Jalan Bagan dengan keluasan 0.5 hektar, PIBA telah berjaya mengumpulkan dana bagi mendirikan dewan badminton sendiri dengan anggaran sebanyak RM2.0 juta.
Saya dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan telah bermula pada bulan Oktober 2022 yang lalu dan kontraktor hanya mengambil masa selama 9 bulan sahaja untuk menyiapkan dewan ini sepenuhnya.
Tahniah dan syabas kepada PIBA dan semua yang terlibat dalam merancang dan menjayakan inisiatif bagi mewujudkan sebuah dewan badminton yang pastinya akan memberikan manfaat kepada komuniti setempat terutamanya di sekitar Butterworth, Pulau Pinang ini.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Semestinya Kerajaan Negeri menyambut baik dan menyokong penuh hasrat PIBA, termasuklah dengan meluluskan dana tambahan sebanyak RM80,000 daripada kos keseluruhan untuk mendirikan dewan ini.
Justeru, Kerajaan Negeri berharap selepas ini, PIBA akan memanfaatkan dewan ini sepenuhnya bagi mempergiatkan usaha ke arah pemantapan dan pemerkasaan sukan badminton ini, tanpa perlu menyewa lagi dewan untuk sesi latihan mahupun penganjuran kejohanan.
Selaras dengan Visi Penang2030 di bawah Inisiatif Strategik A4 iaitu bagi mempelbagaikan kemudahan rekreasi, sukan, seni dan budaya, Kerajaan Negeri akan terus mempergiatkan usaha bagi menyediakan kemudahan dan fasiliti bersesuaian dengan dasar Sukan Untuk Semua (Sports For All) di mana sehingga kini, 92 kemudahan sukan termasuk laluan berbasikan dan trek jogging telah dilaksanakan bagi menangani isu kesukaran akses kepada kemudahan sukan.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada PIBA dan semua yang terlibat dalam merealisasikan projek ini.
Semoga dengan pembinaan dewan ini, ia membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk diterokai oleh komuniti setempat terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan, sekaligus menjadi antara medan mencungkil bakat-bakat baru yang berprestasi tinggi dan mampu melakar kejayaan dalam arena sukan badminton.
Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Dewan Badminton Penang Indian Badminton Association (PIBA).
Sekian, terima kasih