MAJLIS PECAH TANAH RAIN GARDEN, JALAN JETI LAMA & MAJLIS PERASMIAN BUTTERWORTH ART WALK
TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH RAIN GARDEN, JALAN JETI LAMA & MAJLIS PERASMIAN BUTTERWORTH ART WALK
26 MAC 2016 (AHAD), JAM 12:00 TENGAHARI
DI LORONG SEBELAH LODGE 18, BUTTERWORTH
...................................................................
Selamat Tengahari dan Salam Sejahtera,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berbahagia Dato’ Maimunah Mohd Sharif, Yang Dipertua MPSP dan Think City kerana berjaya menganjurkan Majlis Pecah Tanah Rain Garden, Jalan Jeti Lama & Majlis Perasmian Butterworth Art Walk pada hari ini.
Yang Berhormat, YBhg. Dato, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Projek Naik Taraf Tempat Letak Kereta (TLK) Sediaada kepada Tempat Letak Kereta dan Rain Garden ini adalah yang pertama di Seberang Perai dan ini adalah satu inisiatif yang baik untuk menghijaukan alam sekitar disamping menyediakan kemudahan kepada orang awam. Tahniah kepada MPSP dan Think City di atas kerjasama yang baik ini. Saya difahamkan Projek Naik Taraf Tempat Letak Kereta sediada kepada Tempat Letak Kereta dan Rain Garden ini melibatkan kos sebanyak RM495,528.00 dan komponen projek adalah :
i. Raised Stage
ii. Pump & Channel
iii. Stepped Terrace
iv. Benches
v. Light
vi. Petak letak kereta OKU dan basikal
Jumlah petak letak kereta sedia ada adalah sebanyak 18 petak dan tiada petak OKU dan petak basikal. Projek naik taraf ini mengambil kira keperluan OKU dan menggalakkan aktiviti sihat dengan menyediakan15 petak letak kereta biasa, 2 petak OKU dan 12 petak letak basikal.
Selain dari menghijaukan kawasan, Rain Garden ini akan mempunyai ciri-ciri interaktif air untuk kanak-kanak bermain yang diilhamkan dari telaga yang terletak di Jalan Telaga Air. Ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mewujudkan Pulau Pinang Lebih Bersih, Hijau, Selamat & Sihat.
Yang Berhormat, YBhg. Dato, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Dalam usaha memacu kemajuan industri pelancongan dan merancakkan lagi pembangunan semula Bandar Butterworth, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat menyokong usaha Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Think City Sdn Bhd untuk mengindahkan dinding bangunan di lorong belakang Lorong Bagan Luar 1 dengan hasil-hasil kesenian. Bermula Disember 2016, Zaini Zainul telah mengetuai sekumpulan pelukis yang terdiri dari Shazwan Jalil, Syamsul Addenno, Suhaimi Ali, Hadi Ramli, Nazmi Jamarudin, Shahidan Muhamad, Amir Andha dan Azmi Husin untuk menghasilkan sebanyak 45 lukisan mural dan 10 arca yang akan dilaksanakan dalam 3 fasa. Fasa pertama telah siap dan fasa kedia akan siap pada Mei 2017.
Lukisan mural yang dihasilkan akan mewujudkan kelebihan baru di Butterworth dan Seberang Perai amnya sebagai hub kreatif, inovatif dan komersial kerana Seberang Perai adalah masa depan Negeri Pulau Pinang.
Dengan itu, saya merasmikan Majlis Pecah Tanah Rain Garden, Jalan Jeti Lama & Butterworth Art Walk.
Sekian, terima kasih.