PROGRAM 'WALK AS ONE' SEMPENA KEMPEN 'PENANG AGAINST BULLYING' PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA PROGRAM 'WALK AS ONE' SEMPENA KEMPEN 'PENANG AGAINST BULLYING' 
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

25 FEBRUARI 2018



Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua,

1. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana memberi peluang untuk kita semua berkumpul pada pagi ini dalam program 'Walk As One' sempena Kempen 'Penang Against Bullying' . Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 1,918 orang peserta yang telah mendaftar bagi menyertai aktiviti berjalan kaki hari ini sejauh 3 kilometer untuk menyokong kempen ini.

2. Selai daripada kes kematian, lebih kurang 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan dengan tekanan dalam kehidupan di masa akan datang.

3. Kerajaan Negeri akan terus membawa mesej kesedaran buli kepada semua peringkat masyarakat melalui kempen yang dipimpin oleh YB Chong Eng.

4. Oleh itu, sekiranya orang awam terlihat apa-apa bentuk buli, perlulah segera melaporkan kepada pihak yang berkaitan agar masalah buli ini dapat diselesaikan secara cepat. Pengwujudan Jawatankuasa 'Anti Buli' di bawah Kerajaan Negeri sangat sesuai bagi menangani isu ini memandangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendidikan Negeri yang merupakan Jabatan yang penting dalam isu ini merupakan ahli dalam Jawatankuasa tersebut.

5. Marilah kita sama-sama berusaha serta berganding bahu mendidik dan menyedarkan bukan sahaja golongan kanak -kanak malah para ibubapa, guru-guru sekaligus segenap lapisan masyarakat untuk merealisasikan usaha ini sehingga kempen ini berjaya mencapai matlamat yang kita sasarkan.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang