MAJLIS PENYERAHAN REPLIKA CEK KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TAHUN 2019
TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN REPLIKA CEK KEPADA
SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) TAHUN 2019
27 Januari 2019, 2:30 PETANG
AUDITORIUM A, TINGKAT 5, KOMTAR
YB Puan Chong Eng
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Hal-Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh
Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri:
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
Ahli-Ahli Dewan Rakyat
Ahli Jawatankuasa Penyelaras Hal-Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh
Para Pengerusi Lembaga Pengarah dan PIBG
Para Pengetua
Rakan-rakan Media
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
Selamat Petang dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah di atas penganjuran ini. Majlis pada hari ini adalah melibatkan pemberian sumbangan bantuan kepada 89 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Pulau Pinang. Pengagihan bantuan adalah mengikut keperluan dan permohonan oleh pihak-pihak sekolah.
Sebelum saya mengulas dengen lebih lanjut berhubung intipati sumbangan pada hari ini, ingin saya tekankan bahawa Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap pembinaan sahsiah dan akhlak seseorang pelajar. Ini kerana ia adalah penting dalam melahirkan generasi beretika serta membentuk modal insan yang berprestasi tinggi.
Begitu juga dengan nilai-nilai murni, seharusnya disemai dan dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi. Maka, saya menyeru warga pendidik, para cendekiawan dan penggerak pendidikan supaya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perkembangan pelajar, bukan sahaja dalam bidang akademik malah lebih kepada pembentukan moral yang positif.
Umumnya, kesihatan mental remaja kini adalah membimbangkan para ibu bapa. Berdasarkan kajian Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017, perilaku mahu membunuh diri (atau menimbulkan permikiran untuk membunuh diri) dalam kalangan remaja meningkat sebanyak 2.1 peratus berbanding tahun 2012.
Pelajar tingkatan satu mencatatkan bacaan paling tinggi berbanding dengan yang lain. Antara faktor yang mempengaruhi kesihatan mental para pelajar adalah dipercayai berpunca daripada pencapaian akademik yang sering kali dibanding-bandingkan serta menjadi perbandingan dengan rakan-rakan lain sama ada oleh ibu bapa mahupun guru. Ekoran proses pembelajaran yang tertekan, ia telah menyebabkan golongan remaja iaitu para pelajar khasnya memilih jalan untuk mengakhiri nyawa sendiri.
Lanjutan daripada senario ini, saya berpendapat bahawa pembaharuan pendidikan harus dilaksanakan demi pembangunan negara kerana generasi muda ini adalah modal insan kepada pembangunan negara dan kesihatan mental merupakan elemen penting yang dapat mempengaruhi prestasi golongan berkaitan.
Hadirin sekalian,
Menyentuh mengenai pembaharuan dalam sistem pendidikan, antara pembaharuan pendidikan yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik adalah pemansuhan peperiksaan bagi murid Tahap 1 yang melibatkan darjah satu, dua dan tiga dan ia akan diganti dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun ini. Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang bebas daripada tekanan di awal usia persekolahan kanak-kanak. Selain daripada kerajaan, saya berharap para hadirin serta ibu bapa turut sama-sama memikul tanggungjawab ke arah usaha tersebut.
Serentak itu, saya juga ingin menyentuh mengenai gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyatakan cadangan supaya perintah berkurung dikenakan terhadap remaja berusia 18 tahun ke bawah mengikut dasar sebagaimana dilaksanakan di Iceland.
Cadangan ini telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah dan penggubalan rang undang-undang sedang diusahakan. Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan berpandangan serius terhadap isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Malah, menurut Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (The National Health and Morbidity Survey) tahun 2017, satu dalam setiap 25 pelajar di peringkat Sekolah Menengah pernah menyalahgunakan dadah dengan mengambil heroin, morphine, menghisap gam, amphetamine atau methamphetamines dan paling memeranjatkan saya adalah 17 peratus daripadanya adalah bermula pada usia 7 tahun dan ke bawah.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM3,935,000 kepada 89 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pulau Pinang. Berikut adalah jumlah peruntukan yang diluluskan kepada sekolah-sekolah berkenaan:
No |
Nama Sekolah |
Peruntukan (RM) |
1 |
SJK (C) AIK HUA |
10,000 |
2 |
SJK (C) AIK KEOW PENAGA SPU |
20,000 |
3 |
SJK (C) AIK KEOW TELOK AIR TAWAR |
40,000 |
4 |
SJK (C) BENG TEIK (PUSAT) |
60,000 |
5 |
SJK (C) BENG TEIK CAWANGAN |
60,000 |
6 |
SJK (C) BOON BENG |
60,000 |
7 |
SJK (C) CHIAO NAN |
60,000 |
8 |
SJK (C) CHIN HWA (PANTAI ACHEH) |
45,000 |
9 |
SJK (C) CHIN HWA PINANG TUNGGAL |
50,000 |
10 |
SJK (C) CHONG CHENG |
40,000 |
11 |
SJK (C) CHONG KUANG |
40,000 |
12 |
SJK (C) CHONG TEIK |
25,000 |
13 |
SJK (C) CHUNG HWA 1 |
50,000 |
14 |
SJK (C) CHUNG HWA 2 |
40,000 |
15 |
SJK (C) CHUNG HWA 3 |
80,000 |
16 |
SJK (C) CHUNG HWA CONFUCIAN A |
45,000 |
17 |
SJK (C) CHUNG HWA CONFUCIAN B |
55,000 |
18 |
SJK (C) CHUNG HWA PUSAT |
50,000 |
19 |
SJK (C) CHUNG SHAN |
40,000 |
20 |
SJK (C) CONVENT DATUK KERAMAT |
15,000 |
21 |
SJK (C) ENG CHUAN |
65,000 |
22 |
SJK (C) EOK HUA |
20,000 |
23 |
SJK (C) HAN CHIANG |
70,000 |
24 |
SJK (C) HENG EE |
10,000 |
25 |
SJK (C) HU YEW SEAH |
40,000 |
26 |
SJK (C) HUN BIN |
70,000 |
27 |
SJK (C) JELUTONG |
45,000 |
28 |
SJK (C) JIT SIN A |
70,000 |
29 |
SJK (C) JIT SIN B |
70,000 |
30 |
SJK (C) KAI CHEE |
55,000 |
31 |
SJK (C) KAMPUNG JAWI |
60,000 |
32 |
SJK (C) KAMPUNG SUNGAI LEMBU |
30,000 |
33 |
SJK (C) KAMPUNG VALDOR |
90,000 |
34 |
SJK (C) KAY SIN |
20,000 |
35 |
SJK (C) KENG KOON |
70,000 |
36 |
SJK (C) KEONG HOE |
60,000 |
37 |
SJK (C) KEOW KUANG |
45,000 |
38 |
SJK (C) KHENG TEAN |
40,000 |
39 |
SJK (C) KIM SEN |
35,000 |
40 |
SJK (C) KONG MIN CAWANGAN KEDUA |
50,000 |
41 |
SJK (C) KONG MIN CAWANGAN SATU |
45,000 |
42 |
SJK (C) KONG MIN PUSAT |
50,000 |
43 |
SJK (C) KUANG YU KUALA MUDA |
20,000 |
44 |
SJK (C) KUBANG SEMANG |
50,000 |
45 |
SJK (C) KWANG HWA |
35,000 |
46 |
SJK (C) KWANG HWA BUTTERWORTH |
80,000 |
47 |
SJK (C) LAY KEOW |
40,000 |
48 |
SJK (C) LEE CHEE |
30,000 |
49 |
SJK (C) LI HWA BUTTERWORTH |
70,000 |
50 |
SJK (C) LI TEK A |
25,000 |
51 |
SJK (C) LI TEK B |
30,000 |
52 |
SJK (C) LI TEK CAWANGAN |
15,000 |
53 |
SJK (C) MAH HUA |
50,000 |
54 |
SJK (C) MAK MANDIN |
50,000 |
55 |
SJK (C) MIN SIN |
20,000 |
56 |
SJK (C) MOH GHEE CAWANGAN |
55,000 |
57 |
SJK (C) MOH GHEE PUSAT |
25,000 |
58 |
SJK (C) NUNG MIN |
50,000 |
59 |
SJK (C) PAI CHAI |
25,000 |
60 |
SJK (C) PAI TEIK |
60,000 |
61 |
SJK (C) PEI YU |
40,000 |
62 |
SJK (C) PENG BIN |
60,000 |
63 |
SJK (C) PEREMPUAN CHINA |
70,000 |
64 |
SJK (C) PERKAMPUNGAN BERAPIT |
25,000 |
65 |
SJK (C) PERMATANG TINGGI |
55,000 |
66 |
SJK (C) PHEI SHIN |
10,000 |
67 |
SJK (C) PHOR TAY |
50,000 |
68 |
SJK (C) POAY WAH |
30,000 |
69 |
SJK (C) POI ENG |
35,000 |
70 |
SJK (C) PULAU BETONG |
30,000 |
71 |
SJK (C) SACRED HEART |
40,000 |
72 |
SJK (C) SENG KEOW |
60,000 |
73 |
SJK (C) SHANG WU |
30,000 |
74 |
SJK (C) SHIH CHUNG CAWANGAN |
35,000 |
75 |
SJK (C) SHIH CHUNG PUSAT |
25,000 |
76 |
SJK (C) SIN CHUNG |
15,000 |
77 |
SJK (C) SIN KANG |
60,000 |
78 |
SJK (C) SIN MIN |
35,000 |
79 |
SJK (C) SIN YA |
50,000 |
80 |
SJK (C) SUM MIN |
40,000 |
81 |
SJK (C) SUM SUN |
70,000 |
82 |
SJK (C) TAR THONG |
140,000 |
83 |
SJK (C) TONG SIAN |
20,000 |
84 |
SJK (C) TRUE LIGHT |
20,000 |
85 |
SJK (C) UNION |
30,000 |
86 |
SJK (C) WEN KHAI |
35,000 |
87 |
SJK (C) YEOK HUA |
20,000 |
88 |
SJK (C) YOK ENG |
40,000 |
89 |
SJK (C) YU CHYE |
40,000 |
JUMLAH |
3,935,000 |
Daripada jumlah besar ini, saya difahamkan bahawa peruntukan sebanyak RM140,000 iaitu 3.6 peratus digunakan untuk membina bangunan baru sekolah. Manakala, peruntukan sebanyak RM350,000 atau 8.9 peratus digunakan untuk membaiki kerosakan struktur sekolah seperti bumbung, siling dan tangki air sekolah. Dalam pada itu, 32.8 peratus daripada peruntukan iaitu sebanyak RM1,293,000 adalah untuk membaiki struktur sekolah seperti pendawaian semula bagi bangunan yang uzur serta ancaman anai-anai yang membahayakan keselamatan pelajar. RM210,900 iaitu 5.3 peratus diperuntukkan untuk kerja pengindahan dan pengubahsuaian.
Dalam pada itu, peruntukan sebanyak RM657,000 (16.7 peratus) diberi kepada sekolah untuk menaik taraf tandas dan perparitan sekolah. RM 160,000 (4.1 peratus) diperuntukkan untuk kerja-kerja menaiktaraf kemudahan sekolah. Pemagaran dan pembaikian pintu merangkumi 5.5 peratus (RM216,000) daripada jumlah besar. Selain itu, penaiktarafan bilik darjah, tapak sukan serta kantin adalah sebanyak RM793,100 (20.1 peratus). Pembelian kelengkapan sekolah memerlukan RM65,000 (1.7 peratus) dan yang lain-lain RM50,000 (1.3 peratus).
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kerajaan Negeri sebelum ini telah menyalurkan sejumlah RM40,689,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pulau Pinang, namun ini belum ditambah dengan peruntukan yang diumumkan hari ini. Selaras dengan penambahan ini, saya menyeru supaya para Lembaga Pengurus sekolah menggunakan peruntukan ini dengan sebaik-baiknya demi pembangunan sekolah.
Akhir kata, saya memohon kerjasama daripada pihak sekolah supaya bersama-sama menyumbang idea serta cadangan kepada Kementerian Pendidikan dalam memantapkan lagi sistem pendidikan negara demi masa depan negara tercinta kita, Malaysia!
Sekian, terima kasih.