SEMPENA MAJLIS PERASMIAN ‘CITY WALK 1.1.2020’
TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN ‘CITY WALK 1.1.2020’
1 Januari 2020
Jalan Padang Kota Lama
YB Lim Guan Eng
Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
Dato’ Yew Tung Seng
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
Dato' Ir. Addnan bin Mohd Razali
Setiausaha Bandaraya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)
Para peserta
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
Selamat Pagi dan Selamat Tahun Baru 2020.
Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan begitu bersemangat untuk bersama-sama memeriahkan acara berjalan kaki pada pagi hari pertama di tahun 2020 ini. Syabas kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang begitu komited dalam memastikan penganjuran acara tahunan ini berjalan dengan lancarnya.
Ini merupakan tahun ke-8 penganjurannya dan ia masih mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua golongan masyarakat tanpa mengenal batas umur, agama dan latar belakang. Saya amat gembira melihat semangat kesukanan yang telah ditonjolkan oleh hampir 5,000 peserta termasuk 192 peserta OKU yang akan memulakan cabaran sejauh 5km pada pagi ini.
Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, para peserta akan menelusuri beberapa laluan dan checkpoint tapak warisan George Town, bermula di Jalan Padang Kota dan berakhir di Jalan Lebuh Pantai. Antara jalan yang akan dilalui adalah Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Chulia, Jalan Penang dan Lebuh Armenian. Saya berharap para peserta dapat mengambil peluang ini untuk merakamkan memori, di samping melihat sendiri keindahan warisan di negeri ini secara lebih dekat dan terperinci.
Saya difahamkan bahawa penyertaan pada tahun ini lebih menekankan penglibatan daripada institusi kekeluargaan yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak selaras dengan usaha untuk merealiasikan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Kerajaan Negeri percaya institusi kekeluargaan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan modal insan demi pembangunan negeri yang tercinta kita.
Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan sebarang usaha ke arah memantapkan institusi kekeluargaan dan berharap lebih banyak lagi penganjuran program-program bersifat kemasyarakatan pada masa hadapan.
Akhir kata, semoga program pada hari ini mampu mencapai objektifnya yang tersendiri dan dijadikan platform untuk menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dan mengoptimumkan semangat silaturahim dan perpaduan yang lebih kukuh.
As we start City Walk 2020, let us be reminded of the blessings of unity and harmony we have received in 2019. City Walk will usher us not only into a New Year but also a New Decade.
Let us be committed to a progressive Malaysia and a prosperous Penang. Let us be united to face all the challenges together and not let us give up the dream and hope that we have been fighting for.
Sekian, terima kasih.