SIDANG MEDIA PELANTIKAN CEO & PENGENALAN LOGO DIGITAL PENANG SDN BHD

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB CHOW KON YEOW

DI SIDANG MEDIA PELANTIKAN CEO & PENGENALAN LOGO DIGITAL PENANG SDN BHD

PADA 16 JULAI 2020 DI KOMTAR, GEORGE TOWN

 

 

YB Profesor Dr. Ramasamy a/l Palanisamy

Deputy Chief Minister (II) of Penang

YB Zairil Khir Johari

Penang Executive Councillor for Public Works, Utilities and Flood Mitigation - Vice Chairman

YB Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh

Penang State Executive Councillor for Local Government, Housing, Urban and Rural Planning

YB Dato’ Abdul Halim bin Hussain

Penang State Executive Councillor Domestic and International Trade, Consumer Affairs, Entrepreneurial Development

YB Dato’ Abdul Razak bin Jaafar

Penang State Government Secretary

YB Dato’ Sarul Bahiyah binti Abu

State Financial Officer of Penang

Dato’ Ooi Kee Beng

Executive Director of Penang Institute

Mr. Tang Ching Siang

Director of PDC Telecommunications Service Sdn Bhd and VP/Managing Director Dell Inc

Digital Penang Sdn Bhd Team

 

Tony Yeoh - CEO

Nur Azmina - Administrative Assistant

Kelly Lee - Digital Transformation Manager

Timothy Choy - Strategy and Communication

Julian Ooi - Full Stack Specialist

Moe Nasrul - Digital Marketing Specialist

Salam Sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke Sidang Media bagi mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serta pengenalan logo Digital Penang Sdn Bhd.

Krisis pandemik COVID-19 telah mengubah landskap dan corak kehidupan manusia. Penularan wabak ini membuka mata dan menuntut kepada normal baharu tentang betapa pentingnya aspek pendigitalan bagi memudahkan urusan masa kini. Inisiatif digital bukan lagi menjadi pilihan tetapi merupakan suatu keperluan.

Justeru, Pulau Pinang telah mengambil satu langkah maju ke hadapan melalui ‘Strategi Next Normal Pulau Pinang’ bagi mendepani pasca COVID-19. Sejajar dengan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, beberapa inisiatif dan pelan peningkatan merangkumi aspek institusi, ekonomi serta sosial telah dikaji bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali normal seperti kelazimannya.

Sejajar dengan itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Digital Penang Sdn Bhd untuk memangkin peralihan ini. Sebagai organisasi payung untuk mengawasi, mengintegrasi dan mempercepatkan inisiatif digital ke arah struktur dan agenda bersama, sinergi dan kolaborasi yang lebih tinggi antara pemain utama dalam pelbagai sektor Ekonomi Digital diharap dapat menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang lebih pantas.

Untuk memimpin agensi ini, Kerajaan Negeri pada hari ini ingin mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Penang Sdn Bhd iaitu Tony Yeoh.

Sebagai seorang yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran unik dalam bidang teknologi dan perniagaan, Kerajaan Negeri percaya Tony mampu menggalas tanggungjawab dan memimpin Digital Penang Sdn Bhd ini dengan cemerlang.

 
Seperti mana yang semua sedia maklum, Digital Penang mempunyai 4 Asas Tumpuan (Pillars of Focus) yang merangkumi Infrastruktur, Ekonomi, Pemerintahan dan Komuniti. Semasa berlakunya COVID-19, Digital Penang telah memulakan projek perintis dengan mengadakan sesi meja bulat maya (virtual roundtable) “PLC19 eCrowdsource: Hacking the New Normal” bagi mengumpulkan penggiat teknologi untuk mencari penyelesaian dalam menempuh cabaran-cabaran yang akan datang. Salah satu hasilnya adalah aplikasi ‘Penang Contact Tracer (PGCare)’ iaitu sistem pendaftaran bagi pengesanan kontak bagi memudahkan cara pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh premis perniagaan di negeri ini.

Manakala untuk logo, inspirasi di sebalik logo adalah mengenai perbualan mengenai perubahan dan perjalanan transformasi digital. Kesatuan antara dua idea yang berbeza melalui komunikasi. Warna kuning dan biru melambangkan negeri Pulau Pinang, menyatukan Komuniti Digital ke arah tujuan bersama.

Sekian, terima kasih.

 

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang