MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KEMENANGAN ACARA MARATHON ANJURAN KELAB SUKAN FORWARD PULAU PINANG

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA
MAJLIS PENYAMPAIAN

INSENTIF KEMENANGAN ACARA MARATHON

ANJURAN KELAB SUKAN FORWARD PULAU PINANG

(PENANG FORWARD SPORTS CLUB)

 

10HB JANUARI 2020
BERTEMPAT DI E&O HOTEL

YB Yeoh Soon Hin

EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif

Yang Berusaha Lim Choo Hooi

Pengerusi Penang Forward Sports Club

Yang Berusaha Tom Khoo

Penasihat Penang Forward Sports Club

Para penganjur

Para Atlet dan Jurulatih

Ahli-ahli Kelab Sukan Forward Pulau Pinang

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kelab Sukan Forward Pulau Pinang (Penang Forward Sports Club) atas penganjuran Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Acara Marathon pada petang yang berbahagia ini.

 

Kelab Sukan Forward Pulau Pinang sudah tidak asing lagi sebagai sebuah kelab sukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ternama yang telah ditubuhkan sejak tahun 1980-an. Dan sehingga hari ini, Kelab Sukan Forward Pulau Pinang telah melahirkan ramai atlet yang telah berjaya dalam arena sukan dan berjaya mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang dan Malaysia di pelbagai kejohanan sukan peringkat negara dan antarabangsa.

Boleh dikatakan Kelab Sukan Forward Pulau Pinang adalah satu contoh NGO sukan yang telah berjaya memberi inspirasi kepada kumpulan-kumpulan atau kelab-kelab lain untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat sekaligus membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menjayakan Visi Penang2030 terutama dalam melibatkan penyertaan masyarakat dalam pembangunan sukan di negeri ini.

Pada petang ini, seramai lapan (8) orang atlet Pulau Pinang telah berjaya memenangi Larian Marathon yang dianjurkan pada bulan lepas di Straits Quay dan majlis pada petang ini adalah khusus untuk meraikan kejayaan tersebut dengan pemberian insentif atau imbuhan kepada mereka yang telah berjaya.

Insentif ini telah diperkenalkan sejak 15 tahun dahulu, bertujuan untuk menggalakkan dan memberi motivasi kepada para atlet kelab ini. Sejumlah RM24,000 akan dianugerahkan kepada para pemenang pingat sebentar nanti.

Akhir kata, saya berharap kejayaan ini akan menjadi titik permulaan kepada kita semua untuk terus mengorak langkah dan mencipta kemenangan yang lebih besar pada masa hadapan dan seterusnya menjadi pemangkin kepada atlet-atlet lain untuk bersama-sama memajukan pembangunan sukan negeri ini ke landasan yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang