MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN ADUN DATOK KERAMAT

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN ADUN DATOK KERAMAT

 

1 MEI 2021, MASJID ACHEH KEBUN LAMA

YB Jagdeep Sigh Deo a/l Karpal Singh Deo

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa merangkap ADUN Datok Keramat

YB Daniel Gooi Zi Sen

ADUN Pengkalan Kota

Encik Ambran

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang

Tuan Haji Mohamed Yusoff bin Mohamed Noor

Ahli Majlis MBPP

Dr. Roslan Ahmad

Pengerusi Parti Amanah Negeri Pulau Pinang

Encik Izwannizam bin Abdul Kader

Pengerusi Masjid Acheh Kebun Lama

Rakan-rakan media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Salam Petang dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa Masjid Acheh Kebun Lama atas jemputan sempena Majlis Berbuka Puasa pada petang yang berbahagia ini.

Kita bersyukur pada tahun ini kita semua berkesempatan untuk berkumpul meskipun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan amalan normal baharu yang ketat bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya,  jawatankuasa masjid tidak pernah melepaskan peluang untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa beramai-ramai ini di samping berkongsi rezeki dengan meraikan mereka yang kurang berkemampuan.

Saya dimaklumkan seramai 150 asnaf dari sekitar kawasan Kebun Lama telah terpilih untuk menerima bantuan yang bernilai RM50 setiap seorang.

Semoga dengan perkongsian bantuan ini ia dapat menyemai sifat kasih-sayang dan menerapkan nilai kesederhanaan dalam diri diri setiap daripada kita semua di samping dapat mengembirakan mereka yang menerima bantuan ini.

Sesungguhnya saya gembira dengan komitmen dan tanggungjawab yang dimainkan  oleh semua pihak yang sentiasa prihatin, komited dan memainkan peranan yang sangat penting khususnya kepada golongan mereka yang kurang berkemampuan.

Tahniah dan syabas kepada semua.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kita amat bertuah kerana kerja berpasukan ini telah menjadi tunjang serta kekuatan kepada negeri kita dalam mewujudkan suasana harmoni dan melahirkan komuniti hebat yang sentiasa menyokong aspirasi Visi Penang2030.

Akhir kata, sekalung penghargaan kepada jawatankuasa masjid yang telah menjayakan program pada hari ini. Semoga gerak kerja amal dan semangat kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang