SIDANG MEDIA PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG (PBBPP) DENGAN KERJASAMA TELEKOM MALAYSIA (TM) MENAIKTARAF PERKHIDMATAN FIBERISASI DI BUKIT BENDERA

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

DI SIDANG MEDIA PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG (PBBPP) DENGAN KERJASAMA TELEKOM MALAYSIA (TM) MENAIKTARAF PERKHIDMATAN FIBERISASI DI BUKIT BENDERA

3 MEI 2021

 

YB Zairil Khir Johari

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan

Yang Berbahagia Dato’ Cheok Lay Leng

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP)

Encik Mohamed Faisal Naina Mohamed

Ketua, Perniagaan Kerajaan, TM ONE

Para Jemputan

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke Sidang Media Penaiktarafan Perkhidmatan Fiberisasi Bukit Bendera pada petang yang berbahagia ini.

Dengan kerjasama bersama Telekom Malaysia, kerja-kerja penggantian infrastruktur gentian lama di beberapa kawasan di Bukit Bendera merangkumi Stesen Atas, Summit Area, The Habitat, Jalan Upper Tunnel dan Lower Tunnel serta Jalan Moniot telah dilaksanakan sejak tahun lepas.

Melalui pelaksanaan gentian ini, penduduk serta pengunjung Bukit Bendera boleh mencapai kelajuan jalur lebar sebanyak 800 Mbps iaitu kenaikan sebanyak 100 kali ganda berbanding dengan 8Mbps sebelum ini. Selain daripada menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan teknologi baru pada masa depan seperti 5G, dengan penaiktarafan ini juga telah membantu liputan/kesalinghubungan telco dan internet yang lebih baik, di mana peningkatan kemudahan ini dapat membantu penduduk/ pengunjung kini boleh membuat panggilan yang stabil terutama pada waktu-waktu kecemasan.

Kesalinghubungan ini juga akan membolehkan pengawasan dan pelaksanaan pintar seperti Smart Farming serta membolehkan pengumpulan maklumat/data yang lebih besar di atas bukit untuk analisis seperti menara ramalan cuaca.

Sesungguhnya komitmen TM untuk menyediakan sambungan jalur lebar gentian di Bukit Bendera melengkapkan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan daya hidup, ekonomi, penyertaan sivik dan pembangunan yang seimbang di Pulau Pinang serta meletakkan Pulau Pinang dalam kedudukan yang tepat menuju ke arah transformasi dalam menjayakan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.

Akhir kata, besar harapan kita semua agar dengan kerjasama dan penaiktarafan infrastruktur jalur lebar ini, ia akan menjadi satu platform untuk mengintegrasikan teknologi pintar ke dalam sektor-sektor penting seperti pendidikan, penyelidikan, pelancongan dan pertanian di mana penggunaan teknologi akan membantu meningkatkan kualiti hidup dan menyediakan peluang yang lebih baik sekaligus menjadikan Pulau Pinang sebagai hab pintar dan harmoni.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang