PROGRAM SIMBOLIK PELANCARAN 5000 SET BAKUL MAKANAN KASIH ONE HOPE CHARITY & WELFARE

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA PROGRAM SIMBOLIK PELANCARAN

 5000 SET BAKUL MAKANAN KASIH ONE HOPE CHARITY & WELFARE YANG AKAN DIAGIHKAN MELALUI PERKHIDMATAN PENGHANTARAN (COURIER) KEPADA GOLONGAN TERKESAN DARIPADA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0 DI SEKITAR NEGERI PULAU PINANG, KEDAH, PERLIS DAN PERAK.

28 JUN 2021

BERHADAPAN MAYBANK KOMTAR

Encik Chua Sui Hau
Pengerusi One Hope Charity & Welfare

Dato Seri R.Arunasalam

Penasihat One Hope Charity & Welfare

 

Lee Pei Pei

Penyelaras Kanan Program One Hope Charity & Welfare

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada One Hope Charity & Welfare yang telah melancarkan Program Simbolik Pelancaran 5,000 Set Bakul Makanan Kasih yang akan diagihkan kepada golongan terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Bakul Makanan Kasih ini mempunyai keperluan asas, hand sanitizer dan pelitup muka perubatan.

Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang paling aktif di negeri ini, bantuan ini bukan hanya tersasar kepada rakyat di sekitar negeri Pulau Pinang, malah turut akan diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan dari negeri Perlis, Kedah dan Perak.

Ini merupakan pengagihan kedua secara besar-besaran yang dilaksanakan oleh One Hope Charity & Welfare pada tahun ini di mana pada sekitar Januari tahun ini, pihak One Hope Charity telah meyumbang 4,200 set “beg makanan penyayang” kepada keluarga kurang berkemampuan di Pulau Pinang menerusi agihah mengikut Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) di Pulau Pinang.

Saya difahamkan sejak dari bulan Feb 2020 hingga Jun 2021, One Hope Charity bersama perangi Covid-19 telah memberi sumbangan peralatan perubatan dan bantuan-bantuan keperluan kepada hospital-hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan juga golongan kurang berkemampuan, jumlah nilai sumbangan telah mencecah lebih daripada RM8 juta ringgit.

Kerajaan Negeri mengakui ia bukanlah sesuatu tugasan yang mudah untuk alam menjayakan kerja pengagihan BAKUL MAKANAN KASIH ini kerana pembukaan sektor-sektor yang terhad dan kawalan pergerakan yang ketat, namun One Hope Charity & Welfare secara kreatif dan prihatin telah mengatasi batasan tersebut dengan jayanya dan mencari alternatif yang lebih selamat dan cepat untuk membuat pengagihan, di mana syarikat perkhidmatan penghantaran (courier) telah dipilih untuk melaksanakan kerja-kerja agihan bantuan.

Syabas dan tahniah kepada One Hope Charity & Welfare atas keprihatinan ini dan berharap kerja-kerja amal ini akan terus dilaksanakan tanpa henti. Anda seolah-olah WARRIOR NEVER ABSENT dalam medan perang menghadapi Wabak COVID-19 ini. Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang