“SUNSET RIDE @ PINANG TUNGGAL”

UCAPAN YAB TUAN CHOW KON YEOW,

KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA “SUNSET RIDE @ PINANG TUNGGAL”

8 JANUARI 2022

 

Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita untuk menikmati permata tersembunyi di Daerah Seberang Perai Utara terutamanya Kawasan Pinang Tunggal melalui program “Sunset Ride @ Pinang Tunggal” petang ini.

Untuk menggerakkan lagi sektor eko-pelancongan dan sektor sukan di kawasan SPU, Tuan Yang Terutama Tun telah dijemput bersama-sama kita, termasuklah rakan-rakan EXCO, ADUN, Datuk Bandar MBPP dan MBSP, ketua-ketua jabatan serta seramai 100 orang pengayuh basikal di bawah G Club Penang Cyclists mengayuh basikal sambil menyusuri pemandangan indah sepanjang lebih kurang 10km di kawasan ini pada petang yang mulia ini.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang amat bermakna ini serta agensi yang telah bertungkus-lumus untuk mewujudkan laluan basikal di kawasan kampung yang dicorak dengan keindahan dan suasana damai sepanjang sawah padi, kebun sayur, dusun buah-buahan dan yang paling unik, adalah menikmati pemandangan sunset di Kawasan ini.

Laluan basikal sepanjang 30km ini diwujudkan pada tahun 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah MMK Belia dan Sukan untuk menggalakkan masyarakat bersukan dan berbasikal di samping mewujudkan satu laluan berbasikal yang lebih selamat.

Marilah kita mulakan “Sunset Ride @ Pinang Tunggal” petang ini supaya semua dapat menikmati pemandangan sunset di Pinang Tunggal!

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang