MAJLIS PENYERAHAN REPLIKA CEK KEPADA SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN (SMJK), SEKOLAH MUBALIGH DAN SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA TAHUN 2022

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN REPLIKA CEK

KEPADA SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN (SMJK),

SEKOLAH MUBALIGH DAN SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA

TAHUN 2022

 

28 JANUARI 2022, 11:00 PAGI

AUDITORIUM F, TINGKAT 5, KOMTAR

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­--------------------------------------------------------------------------

YB Chong Eng

Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Hal Ehwal

YB Soon Lip Chee

Exco Belia dan Sukan

YB Wong Hon Wai

Naib Pengerusi Jawatankuasa merangkap Ahli Parlimen Bukit Bendera

YB Teh Lai Heng

ADUN Komtar

 

YB Daniel Gooi

ADUN Pengkalan Kota

YB H'ng Mooi Lye

ADUN Jawi

YB Joseph Ng Soon Siang

ADUN Air Itam

 

YB Kumaresan A/L Arumugam

ADUN Batu Uban

YB Tuan Satees A/L Muniandy

ADUN Bukit Bagan Dalam

Ahli Jawatankuasa Penyelaras Hal Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh

Para Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG

Para Pengetua

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua yang turut serta dalam Majlis Penyerahan Replika Cek Kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Persendirian Cina Tahun 2022 pada pagi yang berbahagia ini.

Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penyelaras Hal Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh di bawah kepimpinan YB Chong Eng yang sentiasa komited dalam melaksanakan skop kerja ini termasuklah tugas penyelarasan bagi memastikan program tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2009 ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Seperti mana yang semua sedia maklum, ini merupakan acara kedua yang dianjurkan selepas majlis yang sama diadakan pada hari Isnin yang lalu untuk pemberian bantuan kepada 87 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Sememangnya Kerajaan Negeri memandang serius akan aspek pengukuhan dan pemerkasaan modal insan. Bertitik tolak dari itu, saban tahun peruntukan yang bersesuaian ini disalurkan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan kerana kita percaya suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih selesa dan kondusif amat membantu para pelajar ini untuk mencapai potensi pembelajaran yang lebih tinggi.

Pada tahun 2022 ini, keseluruhan peruntukan sebanyak RM13.5 juta disediakan bagi tujuan ini. Untuk majlis pada hari ini SAHAJA, keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM4.1888 juta merangkumi RM1.355 juta kepada 12 buah SMJK, RM833,000 kepada 18 buah Sekolah Mubaligh dan RM2.0 juta kepada 5 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina di seluruh Pulau Pinang.

Pengagihan bantuan adalah mengikut keperluan dan permohonan oleh pihak sekolah. Berikut adalah jumlah peruntukan yang diluluskan kepada sekolah-sekolah berkenaan: 

  • SMJK

Nama Sekolah

Peruntukan (RM)

SMJK CHUNG LING (CF)

140,000

SMJK HENG EE (CF)

140,000

SMJK HENG EE CAWANGAN BAYAN BARU

150,000

SMJK PHOR TAY (CF)

140,000

SMJK CONVENT DATUK KERAMAT

40,000

SMJK UNION

50,000

SMJK JIT SIN (CF)

130,000

SMJK SACRED HEART

50,000

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

140,000

SMJK CHUNG HWA CONFUCIAN (CF)

100,000

SMJK JIT SIN SPS

125,000

SMJK CHUNG LING BUTTERWORTH

150,000

JUMLAH

1,355,000

(ii) Sekolah Mubaligh

Nama Sekolah

Peruntukan (RM)

SK ST MARK BW

33,000

SMK CONVENT BUTTERWORTH

80,000

SK CONVENT GREEN LANE

70,000

SMK CONVENT GREENLANE

70,000

SMK (L) METHODIST

80,000

SK METHODIST NIBONG TEBAL

50,000

SMK METHODIST NIBONG TEBAL

45,000

SK ST XAVIER AIR ITAM

15,000

SK CONVENT LEBUH LIGHT

25,000

SK PEREMPUAN METHODIST

20,000

SMK (P) METHODIST

25,000

SMK ST XAVIER LEBUH FARQUHAR

70,000

SK CONVENT BM

50,000

SMK CONVENT (M) BUKIT MERTAJAM

120,000

SK ST MARK PERAI

20,000

SK ST XAVIER CAWANGAN

15,000

SMK CONVENT PULAU TIKUS

10,000

SMK ST MARK (M)

35,000

JUMLAH

833,000

(iii) Sekolah Menengah Persendirian Cina

Nama Sekolah

Peruntukan (RM)

SM HAN CHIANG

400,000

SM JIT SIN PERSENDIRIAN

400,000

SM PEREMPUAN CINA PERSENDIRIAN

400,000

SM PHOR TAY PERSENDIRIAN

400,000

CHUNG LING PERSENDIRIAN

400,000

JUMLAH

2,000,000

Hadirin sekalian,

Sebelum saya mengakhir ucapan ini, saya ingin menyentuh sedikit berkaitan penutupan SK Assumption di kawasan Bagan Dalam yang menjadi isu hangat masa kini. Sekolah yang beroperasi hampir 90 tahun telah diarahkan tutup pada 30 Mac berikutan pemilik tanah meminta supaya tapak tersebut dikembalikan. Pihak Kerajaan Negeri yang diwakili oleh EXCO Pendidikan, YB Prof. Ramasamy dan ADUN Bagan Dalam, YB Satees telahpun berbincang dengan pemilik tanah dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), akan tetapi rundingan tersebut tidak membuahkan hasil dan keputusan untuk penutupan sekolah masih berkuatkuasa sepertimana yang diumumkan.

Walau bagaimanapun, usaha Kerajaan Negeri bagi menyelamatkan sekolah ini masih diteruskan dan saya dimaklumkan bahawa YB Satees juga telah bertemu dengan Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia pada semalam, 27 Januari bagi membincangkan isu ini. Kini, saya menyeru supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar membuka pintu rundingan dan prihatin terhadap rayuan yang dibuat oleh ibu bapa dan Persatuan Bekas Pelajar sekolah tersebut.

Walaupun bidang Pendidikan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, akan tetapi Kerajaan Negeri yang berorientasikan rakyat amat peka kepada keperluan serta kebajikan rakyat. Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan tahunan kepada sekolah bantuan modal yang selama ini dipinggir oleh Kerajaan Persekutuan. Sememangnya jumlah peruntukan ini tidak berupaya untuk menampung segala keperluan sekolah, tetapi saya amat berharap agar ia sedikit-sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Lembaga Pengelora atau PIBG Sekolah.

Kepada warga pendidik, Lembaga Pengurusan Sekolah dan PIBG, Kerajaan Negeri amat menghargai usaha gigih anda semua dalam memainkan peranan utama demi memastikan sistem pengajaran serta pembelajaran anak-anak Pulau Pinang berada pada tahap yang membanggakan. Semoga komitmen dan amanah ini dapat menyuntik semangat dan menjadi refleksi demi kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang