MAJLIS PERASMIAN PENGAWASAN SEJIRAN MPKK ISLAND GLADES KADUN SERI DELIMA

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENGAWASAN SEJIRAN MPKK ISLAND GLADES KADUN SERI DELIMA

2 APRIL 2022 @ Lorong Delima 11

YB Puan Syerleena Abdul Rashid
ADUN Seri Delima

YB Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh
Ahli Parlimen Bukit Gelugor

Asisten Komisioner Tuan Soffian Santong
Ketua Polis Daerah Timur Laut 

Ahli Majlis MBPP:
Encik Quah Boon Lim
Cik Tan Soo Siang

Encik Teh Liang Teik
Pengerusi MPKK Island Glades

Encik Nasrizal Bin Nasib
Penghulu Parlimen Bukit Gelugor

Rakan-rakan Media dan Tetamu Jemput sekalian

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas jemputan sempena Majlis Perasmian Pengawasan Sejiran MPKK Island Glades di bawah KADUN Seri Delima pada malam ini.

Saya gembira untuk turut serta sebagai tanda sokongan kepada MPKK Island Glades khususnya yang begitu komited dalam mengenengahkan program yang begitu bermanfaat kepada komuniti dan negeri secara keseluruhannya.

Sebagai mata dan telinga Kerajaan Negeri, MPKK Island Glades amat peka dengan perkara-perkara berbangkit di kawasan komuniti setempat dan telah memainkan peranan yang cukup proaktif dan baik sekali.

Dengan beberapa insiden dan isu jenayah yang telah berlaku sejak kebelakangan ini, ditambah pula dengan kawasan persekitaran yang mempunyai kepadatan komuniti warga emas, Program Pengawasan Sejiran dilihat sebagai keperluan tambahan kepada aspek-aspek keselamatan yang lain.

Program Pengawasan Sejiran ini merupakan satu program yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat dan pihak PDRM sekali gus mewujudkan persekitaran selamat selain memperkukuhkan keselamatan tempatan.

Malah, program ini juga merupakan platform yang penting bagi meningkatkan pengetahuan bagi komuniti di Island Glades tentang maklumat-maklumat nombor pihak berkuasa yang boleh mereka hubungi sekiranya berlaku apa-apa kecemasan di mana masyarakat juga boleh memainkan peranan sebagai mata dan telinga polis untuk menyampaikan maklumat sebelum tindakan dapat diambil.

Selaras dengan Visi Penang2030, saya berharap penglibatan masyarakat dalam komuniti melalui program-program sebegini akan terus diperkasakan agar kita dapat membanteras jenayah secara menyeluruh serta mewujudkan sebuah komuniti yang aman dan negeri yang selamat.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada Pusat Khidmat KADUN Seri Delima, MPKK Island Glades, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta semua terlibat dalam menjayakan program ini.

Dengan kata-kata ini, saya dengan ini merasmikan Majlis Perasmian Pengawasan Sejiran MPKK Island Glades KADUN Seri Delima.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang