MAJLIS PERASMIAN MINI KARNIVAL KESIHATAN KADUN AIR ITAM

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN

MINI KARNIVAL KESIHATAN KADUN AIR ITAM

 

29 MEI 2022

PUSAT KOMUNITI KADUN AIR ITAM

YB Joseph Ng Soon Siang

ADUN Air Itam

 

YB Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Ahli Parlimen Bukit Gelugor

Yang Berusaha Ir. Rajendran a/l Anthony

Setiausah Bandaraya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Joseph Ng Soo Siang dan pasukannya atas inisiatif penganjuran program Mini Karnival Kesihatan KADUN Air Itam pada pagi ini.

Dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Klinik O2 Air Itam serta penglibatan dan penyertaan daripada badan bukan kerajaan (NGO), pelbagai aktiviti menarik telah disediakan termasuklah senaman zumba, pameran kesihatan serta ujian saringan kesihatan secara percuma.

Tahniah dan syabas kepada KADUN Air Itam kerana menjadi KADUN pertama di Pulau Pinang yang menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma ini. Diharapkan dengan langkah permulaan ini akan mendorong KADUN yang lain untuk turut menggerakkan inisiatif sedemikian untuk manfaat komuniti setempat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Selaras dengan Visi Penang203, pengisian program seperti ini sangat baik dalam membantu golongan B40, di samping memupuk hubungan baik antara komuniti setempat dan dalam masa yang sama mengajak semua mengamalkan gaya hidup sihat.

Dengan peningkatan dan tuntutan kos sara hidup yang semakin tinggi, pemeriksaan kesihatan mungkin tidak menjadi keutamaan dan dianggap ringan. Oleh hal yang demikian, inisiatif ini sangat dialu-alukan untuk meningkatkan kualiti hidup, kesejahteraan dan kesihatan penduduk setempat.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang telah menjayakan program yang berlangsung selama satu (1) hari ini. Semoga usaha murni melalui penganjuran program sebegini dapat mencapai sasarannya dan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang