PERASMIAN LOVE PENANG 3X3 STREETBALL CHALLENGE 2022

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Youngsters Basketball Club dan MPKK Kampung Kolam atas kerjasama bagi menganjurkan Acara LOVE PENANG 3X3 Streetball Challenge 2022 pada pagi yang berbahagia ini.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin mengalu-alukan kehadiran kesemua 150 pasukan, bukan sahaja dari  Pulau Pinang tetapi juga turut disertai dari pasukan-pasukan dari luar negeri dan  luar negara.

Saya amat berbangga dengan inisiatif yang digerakkan oleh MPKK Kampung Kolam bagi menganjurkan acara yang julung kali diadakan dan sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai acara tahunan.

Streetball atau yang lebih dikenal dengan bola keranjang jalanan kini makin digemari oleh masyarakat kita, terutamanya di kalangan golongan muda. Walaupun pada dasarnya, permainan streetball ini menerapkan gaya yang sama seperti permainan bola keranjang yang biasa, namun ia berbeza dari segi peraturan dan gaya bermain.

Kalah dan menang itu adat permainan, dan saya berharap kesemua pemain akan mempamerkan aksi dan semangat juang yang tinggi, dengan pendedahan dan pengalaman yang cukup berharga ini.

Diharapkan menerusi platform ini, Pulau Pinang dapat mencungkil lebih ramai bakat muda yang baru, sekaligus melahirkan masyarakat lebih aktif dan sihat daripada segi jasmani, emosi, rohani serta intelek.

 

各位来宾、参赛者,以及媒体的朋友们,大家早上好。

今天,我们在这里隆重举行“2022年爱槟城3人街头篮球争霸赛”,我谨代表槟州政府,向所有来自各国各州的参赛者,以及现场的观众朋友们表示热烈的欢迎。

 

时隔两年,这项广受青年喜好的街头篮球赛再次卷土重来。今天的比赛共吸引了150支队伍参与,包括友族队、外州队伍,以及来自外国的参赛者。希望参赛者们在比赛的过程中都可以大力发扬体育精神,赛出水平、赛出友谊。

各位,这项获得“国际篮协3x3”认证的街头篮球争霸赛,是由槟城历史最悠久的少年体育会,以及甘榜哥南乡村社区管理理事会联合主办。

少年体育会一直以来都秉承先贤定下的宗旨,提倡健康体育活动。过去十多年,除了在街头篮球赛事中累计了超过2000支队伍参加的记录之外,也主办过无数的州和国际赛事,为槟城栽培了很多篮球国手和州手, 成为支持和发展槟城篮运的一大功臣。

我在此代表槟州政府对少年体育会所做出的贡献表示感谢。希望少年体育会可以再接再厉,继续为槟州的年轻人创造平台和机会,培育更多的人才。

各位,人民的健康一直都是州政府关注的重点之一。自新冠疫情爆发后,除了生理上的健康问题,同时也引发了人们的心理压力。

因此,我想借着今天的机会,呼吁大家时刻关注自身的健康,以预防胜于治疗的方式维持良好的健康生活习惯。因为有了健康的身体,我们才能更好的挑起生活的重担。

在我结束今天的讲词以前,我也在此特别感谢所有的热心赞助商为槟州篮运所作出贡献。也预祝2022年爱槟城3人街头篮球争霸赛圆满成功。谢谢!

LOVEPENANG, 爱槟城, Streetball, Youngsters Basketball Club, MPKK Kampung Kolam, 街头篮球赛

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang