MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN GABUNGAN PERSATUAN INDIA MUSLIM PULAU PINANG (GAPEIM)

MAJLIS BERBUKA PUASA

ANJURAN GABUNGAN PERSATUAN INDIA MUSLIM PULAU PINANG (GAPEIM)

 

1 APRIL 2023

KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG

 

 

YB Lim Hui Ying

Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Tanjong

 

YB Teh Lai Heng

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Komtar

Para Jemputan

Rakan-rakan Media


Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang, Salam Sejahtera & Salam Ramadan kepada semua.

  • Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Gabungan Persatuan India Muslim Pulau Pinang (GAPEIM) atas jemputan sempena Program Iftar pada petang yang berbahagia ini.
  • Syabas dan tahniah juga kepada GAPEIM yang saban tahun tidak pernah melepaskan peluang untuk menganjurkan acara ini, bagi bersama-sama berkongsi rezeki terutama dengan mereka yang memerlukannya.

 

  • Seperti yang diketahui umum, GAPEIM merupakan satu organisasi yang begitu aktif dengan pelbagai program dan inisiatif yang cukup bermanfaat bukan sahaja kepada ahli-ahlinya tetapi juga melibatkan penyertaan daripada komuniti setempat.
  • Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, GAPEIM yang merupakan gabungan daripada 14 Persatuan telah menjadi nadi perhubungan dalam membantu dan memperkasakan komuniti India Muslim di negeri ini, merangkumi aspek sosio ekonomi, pendidikan, keagamaan dan sebagainya.
  • Saya amat berterima kasih kepada GAPEIM atas peranan, sumbangan dan tanggungjawab yang diberikan, sesungguhnya komitmen dan keprihatinan ini sangat membantu Kerajaan Negeri menyantuni golongan sasar yang terkesan.
  • Selain daripada majlis berbuka puasa, saya turut difahamkan pemberian “goody bag” kepada 40 orang yang terdiri daripada golongan B40 dan OKU, dengan keseluruhan bernilai RM6,000 dan pemberian duit raya bagi 40 orang yang bernilai RM4,000 turut menjadi antara intipati penting dalam majlis ini.
  • Semoga sedikit bantuan ini dapat memberikan kegembiraan dan meringankan beban pengurusan yang dipikul.
  • Dalam merealisasikan Visi Penang2030, semangat yang tinggi ini sangat diperlukan terutama dalam memenuhi keperluan sosial rakyat dan negeri. Justeru, melalui penglibatan dan penyertaan aktif daripada semua kelompok ini membolehkan segala perancangan dan perincian berkaitan dasar dan inisiatif dapat dilaksanakan dengan jayanya.
  • Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa GAPEIM dan juga para penyumbang yang telah memberikan komitmen dan juga sokongan yang baik dalam menjayakan majlis ini.
  • Semoga hubungan yang terjalin pada hari ini dapat terus dikekalkan demi pengukuhan ikatan masyarakat dan negeri yang dicintai ini.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang