MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARISAN LEBUH TAMIL & PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023

MAJLIS BERBUKA PUASA

ANJURAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARISAN LEBUH TAMIL & PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023

 

7 APRIL 2023

DEWAN BANGUNAN UMA

 

 

YB Teh Lai Heng

ADUN Komtar

Encik Mohamed Asri bin Seeni Mohamed

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

Encik Mohamed Azmin bin Seeni Mohamed

Penaung Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

Encik Mohamed Sherif Ibrahim bin Abdul Karim

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

Encik Senthel A/L Ramoo

Naib Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

Encik Noor Mohamed bin SPK Mohd Abdullah

Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

Dato Mohamed Yusof Bin Ibrahim

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

Dato Mohamed Nazri Bin Sheik Osman

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil

Para Jemputan

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang, Salam Sejahtera & Salam Ramadan kepada semua.

  • Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil atas jemputan sempena Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri pada petang yang berbahagia ini.

 

  • Ini merupakan penganjuran kali ke-7 dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil yang tidak pernah melepaskan peluang dan memanfaatkan platform ini dengan cukup baik, bersama-sama dengan masyarakat setempat.

 

  • Seperti yang diketahui umum, Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil merupakan satu organisasi yang begitu aktif dengan mengadakan pelbagai program sepanjang tahun seperti bantuan kebajikan bagi masyarakat setempat, bantuan bagi mangsa banjir, bantuan pendidikan, program pengagihan bubur sepanjang bulan ramadan dan program bantuan bag sekolah kepada anak yatim untuk masyarakat setempat terutamanya bagi kumpulan B40.
  • Di peringkat Kerajaan Negeri, kita amat menghargai penglibatan, peranan dan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa tampil dengan pelbagai usaha dan inisiatif sendiri melalui penganjuran pelbagai program berbentuk kemasyarakatan yang pasti amat membantu Kerajaan Negeri dalam merealisasikan Visi Penang2030 – sebuah visi bersama untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.
  • Dan sepertimana tahun-tahun sebelum ini, saya akan mengambil peluang dengan masyarakat untuk beriftar bersama, kerana saya percaya budaya ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama kita tanpa mengira agama dan bangsa.
  • Selain daripada majlis berbuka puasa, penganjur juga berbesar hati untuk berkongsi sedikit rezeki di mana Bantuan Aidilfitri sebanyak RM100 akan diberikan kepada 160 orang penerima OKU.
  • Semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban dan memberikan kegembiraan terutama kepada golongan kanak-kanak ini.
  • Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada seluruh jawatankuasa dari Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil atas penganjuran dan jemputan majlis yang cukup bermakna ini.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang