MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN YOUNG MUSLIM SPORTS CLUB (YMSC)

MAJLIS BERBUKA PUASA

ANJURAN YOUNG MUSLIM SPORTS CLUB (YMSC)

 

13 APRIL 2023 (6.45pm)

 WISMA YOUNG MUSLIM SPORTS CLUB

_____________________________________________

YB Teh Lai Heng

ADUN Komtar

 

YB Daniel Gooi Zi Sen

ADUN Pengkalan Kota

Tuan Haji Munawer Sadiq

Presiden, Young Muslim Sports Club (YMSC)

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Anvar Hussain

Timbalan Presiden, Young Muslim Sports Club (YMSC)

Ahli-Ahli Jawatankuasa Young Muslim Sports Club (YMSC)

Para Jemputan

Rakan-Rakan Media

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera kepada semua.

 

  • Setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan izin dan kesempatan yang diberikan dapat kita berkumpul pada Ramadan ke-22 ini sempena Majlis Berbuka Puasa Anjuran Young Muslim Sports Club (YMSC).
  • Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden, Tuan Haji Munawer Sadiq dan juga seluruh pasukan Young Muslim Sport Club (YMSC) kerana sudi menjemput saya ke majlis ini.
  • Saya mendoakan agar tuan-tuan dan puan-puan diberikan kesihatan dan kesejahteraan dalam meneruskan ibadah puasa ini hingga ke akhirnya.
  • Mengambil kira semangat bulan Ramadan yang istimewa dan penuh keberkatan, pujian harus diberikan kepada YMSC atas pelbagai inisiatif dan aktiviti yang bermanfaat kepada komuniti setempat sepanjang 43 tahun penubuhan persatuan ini.
  • YMSC telah bergerak secara aktif dengan menganjurkan pelbagai program bersifat keagamaan, sosial, sukan dan pendidikan termasuk penyampaian sumbangan Ehya’ Ramadan dari rumah ke rumah kepada hampir 300 buah rumah, penganjuran program motivasi kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM, kelas KAFA untuk pelajar sekolah rendah dan menengah serta pelbagai program sukan dan karnival.
  • Saya juga difahamkan bahawa pada tahun ini, AJK YMSC telah membantu sebanyak 300 keluarga dengan menyampaikan barangan zakat ramadan berupa keperluan dapur kepada golongan yang memerlukan, di mana setiap satunya bernilai RM120. Syabas dan tahniah saya ucapkan atas usaha berterusan ini.
  • Kerajaan Negeri memuji inisiatif yang diambil oleh YMSC yang turut tidak melepaskan peluang untuk menganjurkan pelbagai program berbentuk kemasyarakatan ini, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat badan untuk membantu komuniti tempatan.
  • Sesungguhnya dalam merealisasikan Visi Penang2030, penglibatan dan penyertaan aktif daripada pelbagai lapisan masyarakat sememangnya sangat diharapkan demi memenuhi keperluan sosial masyarakat.
  • Inilah impian bersama yang diharapkan oleh kami di barisan kepimpinan Kerajaan Negeri agar segala perancangan melalui dasar dan polisi yang diperkenalkan dapat dilaksanakan secara holistik.
  • Dalam pada itu, Kerajaan Negeri ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru dan mengajak semua untuk turut serta dalam mengambil bahagian secara aktif bagi mendukung gagasan Malaysia Madani yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri.
  • Kita harus yakin gagasan pemikiran ini bukan semata-mata slogan tetapi mewakili hasrat dan harapan kita semua untuk memperbaiki dan memperkukuh negeri dan negara dengan lebih baik pada masa akan datang.
  • Saya tidak bercadang mengambil masa yang lama untuk berucap pada petang ini. Justeru, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan dan memeriahkan majlis pada petang ini. Jumpa lagi di majlis-majlis yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang