MAJLIS IFTAR RAKYAT GEBYAR RAMADAN 2023 & PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI

MAJLIS IFTAR RAKYAT

GEBYAR RAMADAN 2023 & PENYAMPAIAN BANTUAN HARI RAYA AIDILFITRI

19 APRIL 2023

MASJID JAMEK AL-HUDA SUNGAI BAKAU

 

 

Yang Berbahagia Tuan Khairulnizam Bin Hashim

Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan (SPS)

 

Yang Berbahagia Tuan PKK Mahadzair Bin Che Daud

Pengarah Penjara Seberang Perai 

 

Yang Dihormati DSP Mohd Norazmi Bin Abd Ghapar

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan

 

Yang Berbahagia Tuan Hardi Bin Alias

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan

 

Yang Berbahagia Tuan Md Radzi Bin Abdullah

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan

 

Yang Berbahagia Tuan Zulkhairy Bin Ramli

Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai Selatan

 

Yang Berusaha Tuan Haji Fadzil Abdullah

Pengerusi Masjid Al-Huda, Sungai Bakau

 

Para Kariah Masjid Jamek Al-Huda Sungai Bakau

Para Jemputan

Rakan-Rakan Media

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

Selamat Petang, Salam Sejahtera dan Salam Ramadan kepada semua.

 

  • Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan Majlis Iftar Rakyat Gebyar Ramadan 2023 & Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri yang telah diatur pada malam Ramadan ke-28 ini.
  • Terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Pejabat Agama Daerah serta komuniti setempat terutama ahli kariah Masjid Jamek Al-Huda Sungai Bakau yang turut terlibat dalam menyokong dan menjayakan penganjuran program ini.
  • Hampir setiap hari saya berkesempatan untuk turut serta dalam acara berbuka puasa atau iftar bersama dengan komuniti setempat dan saya gembira pendekatan yang diambil ini telah memberi peluang kepada saya untuk menyantuni rakyat secara lebih dekat.
  • Dan malam ini, saya gembira dapat melapangkan masa dengan tuan-tuan dan puan-puan di salah sebuah masjid bersejarah yang telah pun berusia 75 tahun di daerah Seberang Perai Selatan.
  • Selain acara iftar, kita turut selitkan aktiviti kebajikan dengan menyampaikan bantuan kepada 42 asnaf yang telah terpilih di daerah SPS bagi menerima bantuan berupa duit raya yang bernilai RM100 setiap seorang.
  • Semoga dengan bantuan ini dapat mengukir senyuman kegembiraan dan memberi sinar harapan terutama menjelang sambutan hari raya yang akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.
  • Seperti yang saya sering ulangi, komitmen Kerajaan Negeri masih kekal sama dan kita akan meneruskan agenda dan dasar-dasar yang menjaga kebajikan rakyat.
  • Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri untuk menjayakan agenda penting ini.
  • Saya tidak bercadang mengambil masa yang lama untuk berucap, justeru saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang melapangkan masa untuk memeriahkan majlis pada petang ini.
  • Semoga tuan-tuan dan puan-puan diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik bagi meneruskan baki ibadah puasa di bulan Ramadan ini.
  • Diharapkan juga agar kita semua diberikan kesempatan untuk bersua kembali pada masa-masa akan datang kerana platform ini adalah sangat baik untuk menyuntik nilai perpaduan dalam kalangan rakyat ke arah merealisasikan intipati Malaysia Madani yang digagaskan oleh Kerajaan Persekutuan yang merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi, selain menjayakan aspirasi Visi Penang2030 – Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang