PENANG DEVELOPMENT CORPORATION (PDC) CHRISTMAS AND NEW YEAR 2024 CELEBRATION

SPEECH BY YAB TUAN CHOW KON YEOW

THE CHIEF MINISTER OF PENANG

PENANG DEVELOPMENT CORPORATION (PDC) CHRISTMAS AND NEW YEAR 2024 CELEBRATION

8TH JANUARY 2024

YB. Dato’ Haji Rosli Bin Isa

State Secretary

 

YB. Dato’ Zabidah Binti Safar

State Financial Officer

 

Ybrs. Encik Mohammad Azhar Bin Hamdan

Deputy Chief Executive Officer Of Penang Development Corporation (PDC)

 

PDC Top Management and Subsidiaries

 

Ybrs. Madam See Su Lynn

Chairperson Of PDC’s Christmas And New Year Celebration Committee 2024

 

PDC Staff

Ladies And Gentlemen

Salam Sejahtera, Salam Penang2030, Salam Malaysia Madani.

It is with great pleasure that I welcome each one of you to the PDC Christmas and New Year 2024 Celebration, where we come together to celebrate the joyous occasion of Christmas and embrace the possibilities of the approaching New Year.

Penang, a tapestry of diverse cultures and traditions, stands as a shining example of unity in diversity. Our ability to coexist in peace and harmony while embracing our differences, is the cornerstone of our strength as a community.

In the past year, our State Government, through the Penang Development Corporation (PDC), has embarked on an ambitious journey to propel Penang into the future. The establishment of international-class industrial parks such as the Bandar Cassia Technology Park (BCTP), Batu Kawan Industrial Park 3 (BKIP3), and Penang Science Park South (PSPS) spanning 852 acres reflects our commitment to meet the evolving needs of investors, both local and international.

Looking beyond our traditional strengths in electrical and electronics (E&E), our vision for Penang includes transforming it into a medical technology hub. This entails developing a robust supply chain, fostering research and development, and encouraging local companies to actively participate in the global value chain. These efforts are geared towards creating a dynamic ecosystem that will not only sustain but elevate our economic standing.

As we bid farewell to 2023, we celebrate the remarkable achievements that position Penang as a magnet for investments. The influx of RM44.9 billion in approved investments during the first nine months of the year is a testament to our resilience and attractiveness to investors. Holding a 42% share of the nation's manufacturing FDI at RM 35.8 billion and a 39% share in Malaysia's approved manufacturing investments at RM38.9 billion, Penang continues to be a pivotal contributor to the nation's economic growth.

Now, standing at the dawn of a new year, PDC unveils its strategic plan for 2024-2028, encapsulated in PDC LABS - Land Innovation, Asset Innovation, Business Sustainability, and Smart Professional. This comprehensive plan is designed to position Penang at the forefront of innovation, meeting the evolving needs of our stakeholders and serving as a catalyst for sustainable economic growth and physical development, all aligned with our Penang2030 vision.

PDC, with its legacy of excellence, is well-poised to reach new heights with the implementation of this strategic plan. It is my sincere belief that the coming year will bring forth not only challenges but tremendous opportunities for growth. As we navigate the path ahead, let us do so with unwavering courage, determination and collective spirit.

Ladies and Gentlemen,

In the spirit of the season, let us also take a moment to reflect on the less fortunate among us. As we embark on this new beginning, let kindness be our compass, guiding us to make a positive impact on the lives of others in keeping with the Penang2030 vision of ‘A Family-Focused Green and Smart State that Inspires the Nation’.

On that note, I extend my heartfelt gratitude to the organizing committee, whose unwavering efforts have paved the way for the success of this event. The chosen theme, "A Time To Give," perfectly embodies the essence of Christmas, as we fulfil the wishes of children from The Salvation Army Penang Children's Home and bring joy to seniors from Silver Jubilee Home for the Aged.

Having said that, to those celebrating Christmas, may your festivities be blessed, and to all, I extend my warm wishes for a Happy New Year 2024 filled with hope, peace, and prosperity.

Thank you and may the spirit of unity and progress continue to guide us in the year ahead.

MAJLIS MAKAN MALAM PDC 2024

TEKS UCAPAN PERASMIAN

KETUA MENTERI PULAU PINANG

YAB TUAN CHOW KON YEOW SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM PDC 2024

 

2 FEBRUARI 2024 (JUMAAT) | 7.40 PM

 

SPICE CONVENTION CENTRE

Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kelancaran Majlis Makan Malam PDC 2024 pada malam yang bahagia ini.

Pada malam ini, secara peribadinya saya berasa amat terharu dan sukacita kerana berpeluang untuk bersama-sama dengan keluarga besar PDC bagi meraikan pencapaian cemerlang yang telah dikecapi dalam tahun 2023.

Hadirin yang dihormati sekalian, 

 

Seperti semua sedia maklum, Pulau Pinang telah mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan yang amat membanggakan iaitu sebanyak RM44.9 bilion merentasi pelbagai sektor merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama setakat suku ketiga iaitu dari Januari hingga September bagi tahun 2023.

Malah, Pulau Pinang sekali lagi membuktikan peranannya sebagai sebuah negeri yang mampu menarik minat pelabur sama ada yang baharu atau sedia ada dengan aliran masuk pelaburan sebanyak RM34.6 bilion daripada sektor pembuatan bersamaan peningkatan sebanyak 421 peratus. Pertumbuhan luar biasa itu didorong terutama oleh pelaburan langsung asing yang menyumbang sebanyak RM33 bilion atau 95 peratus daripada aliran masuk pelaburan pembuatan di Pulau Pinang.

Mengambil kesempatan ini, saya ingin mengimbas kembali pencapaian Pelan Strategik lima (5) tahun PDC yang bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023 dengan skor keseluruhan tercatat 91.52 peratus yang meliputi sebanyak 118 projek.

Melangkah ke hadapan, saya sedia maklum bahawa PDC juga telah merangka pelan strategik baharu dari tahun 2024 sehingga tahun 2028 iaitu fokus utama teras strategik yang bakal diberi perhatian adalah berpaksikan LABS (Land Innovation, Asset Innovation, Business Sustainability dan Smart Professional). Ia akan menjadi panduan serta hala tuju PDC bagi tempoh lima (5) tahun akan datang.

PDC LABS terdiri daripada empat (4) teras utama dan 15 strategi yang mana implimentasi strategi dirangka diyakini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Pulau Pinang yang lestari dan pembangunan fizikal mampan ke arah mencapai gagasan Visi Penang 2030.

Di bawah teras Land Innovation,fokus utama PDC adalah bagi meningkatkan bilangan bank tanah dan meneroka tanah strategik baharu bagi tujuan perindustrian, komersial dan kediaman yang disokong oleh infrastruktur berkualiti tinggi serta ekosistem rancangan induk mampan.  Dalam pada itu, teras Asset Innovationpula memfokuskan kepada peningkatan hartanah PDC bagi memastikan pendapatan berterusan kepada PDC.

Bagi Business Sustainability,PDC dalam usaha memastikan perniagaan dijalankan dengan mampan dan lestari. Ia melibatkan pengurusan sumber daya dengan teliti supaya perniagaan dapat terus berkembang dan menyumbang kepada keuntungan kewangan serta memberi kesan positif kepada peningkatan ekonomi, tanggungjawab sosial dan alam sekitar.  Yang terakhir iaitu di bawah teras Smart Professional,aspek pembangunan modal insan dititikberatkan dengan memastikan setiap warga PDC mempunyai kombinasi kecerdasan, kebolehan, ketekunan dan profesionalisme dalam bidang kerja atau kepakaran serta pelaksanaan proses dengan menitikberatkan komponen Sustainable Development Goals dan ESG.

Hadirin sekalian,

Pada tahun 2023, PDC telah mencapai prestasi yang sangat cemerlang iaitu 95.7 peratus dan prestasi perbelanjaan pada kadar 86 peratus dengan surplus sebenar sejumlah RM67 juta berbanding surplus bajet sejumlah RM15 juta. Pencapaian PDC telah melebihi sasaran ditetapkan pada 85 peratus malah telah mencapai markah prestasi pada 95.77 peratus bagi tahun 2023.

Dengan ini, adalah menjadi harapan saya agar PDC terus memainkan peranannya sebagai ‘game changer’ di Pulau Pinang dengan menerajui pembangunan sosio-ekonomi negeri secara menyeluruh meliputi aspek pelaburan, perindustrian, pembangunan tanah, rumah mampu milik dan juga tanggungjawab sosial dalam memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan negeri.

Hadirin sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan pada petang ini, saya berharap seluruh warga kerja PDC dapat terus mengekalkan ikatan kerjasama dan keharmonian dalam organisasi dengan baik. Bulatkan tekad serta iltizam untuk terus memperkasakan komitmen demi memacu kecemerlangan PDC sebagai sebuah organisasi yang disegani bukan sahaja di Pulau Pinang malah di seluruh Malaysia.

Sekalung penghargaan di atas komitmen dan titik peluh yang dicurahkan sepanjang tahun 2023. Jasa anda adalah tidak ternilai harganya kepada saya dan juga Pulau Pinang. Bersama-sama kita bergerak seiringan demi memantapkan lagi kedudukan PDC ke arah kegemilangan.

Sekali lagi, tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Majlis Makan Malam PDC 2024 serta semua yang terlibat. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Makan Malam PDC 2024 yang bertemakan Oscar Night dengan tangline Vogue & Vibrant!

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang