MAJLIS PELANCARAN PUSAT PENANG2030 KADUN PAYA TERUBONG

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,
YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN

PUSAT PENANG2030 KADUN PAYA TERUBONG

7 MEI 2023

PERSIARAN PAYA TERUBONG 5, RELAU

YB Yeoh Soon Hin
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Merangkap ADUN Paya Terubong

Encik Tang Beng Huat

Pengerusi MPKK Lebuh Relau

Encik Eu Beng Teong

Pengerusi MPKK Relau

Encik Tai Yun Hin

Pengerusi MPKK Sri Relau

Para Jemputan

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada YB Yeoh Soon Hin selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong dan pasukan penyelaras yang telah mengatur Majlis Pelancaran Pusat Penang2030 KADUN Paya Terubong pada petang yang berbahagia ini.

Sebagaimana maklum, Pusat Penang2030 merupakan inisiatif khas Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda pembangunan negeri berteraskan Visi Penang2030 iaitu ke arah menjadi ‘Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara’.

Kita menyaasarkan untuk memastikan kesemua 40 KADUN di negeri ini mempunyai Pusat Penang2030, dan setakat ini, sebanyak 22 buah Pusat Penang2030 telah mula beroperasi di negeri Pulau Pinang.

Justeru, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyokong dan mendukung aspirasi Kerajaan Negeri ini.

Adalah diharapkan pusat guna sama atau ‘shared space’ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat bagi membolehkan aktiviti sosial dan kemasyarakatan dilaksanakan secara optimum, sekaligus meningkatkan penyertaan dan penglibatan semua lapisan masyarakat termasuk golongan belia, wanita dan juga warga emas secara menyeluruh.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, KADUN Paya Terubong merupakan kawasan yang mencatatkan jumlah pengundi tertinggi di Pulau Pinang iaitu melebihi 62,000 orang setakat Disember 2022, di mana jumlahnya adalah dua (2) kali ganda atau lebih daripada pengundi kawasan Parlimen atau KADUN lain.

Walaupun ia memberi cabaran yang besar i, namun saya berpuas hati dengan pencapaian Saudara Yeoh sebagai wakil rakyat di KADUN Paya Terubong yang kekal berjuang demi kebajikan pengundi di kawasannya sambil mengurus portfolio Pelancongan dan Ekonomi Kreatif dengan baik.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Aspirasi rakyat terhadap hidup lebih bahagia merupakan penggerak utama pembangunan negeri Pulau Pinang dan juga kunci utama kejayaan negeri ini.

Pusat Penang2030 telah ditubuhkan di sini untuk memudahkan kerja-kerja penyampaian kerajaan yang berpaksikan rakyat.

Sehingga kini, program-program yang telah diatur adalah termasuk perkhidmatan permohonan bantuan kebajikan yang dijalankan pada setiap hari Selasa dan Sabtu, di mana ahli-ahli MPKK akan memberi bantuan kepada golongan warga emas dan keluarga B40 untuk membuat permohonan kebajikan daripada jabatan-jabatan berkenaan.

Selain itu, pusat ini juga menyediakan kemudahan ruang untuk wakil-wakil jabatan, MPKK dan komuniti setempat untuk mengadakan taklimat atau mesyuarat yang dapat merapatkan interaksi antara Kerajaan Negeri dan rakyat. Adalah diharapkan Pusat Penang2030 KADUN Paya Terubong dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh komuniti di sini.

Saya juga dimaklumkan majlis hari ini akan turut menyaksikan pemberian sumbangan bagi membantu meringankan beban golongan B40 di mana 20 bakul makanan yang mengandungi makanan keperluan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,500 akan diagihkan kepada keluarga berkenaan.

Saya berharap sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan serta kegembiraan dan sekaligus meringankan beban golongan berkaitan.

Akhir kata, syabas dan tahniah selagi lagi kepada Saudara Yeoh dan pasukannya yang telah menyokong inisiatif khas ini. Bersama-sama kita memupuk semangat cintai negeri kita menerusi kempen LovePenang, bersatu hati dalam menghadapi cabaran yang dihadapi dan yakin bahawa Pulau Pinang akan muncul lebih baik dan lebih kuat.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS PERASMIAN PUSAT PENANG 2030 DAN KEBUN KOMUNITI KADUN SUNGAI PINANG

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN

PUSAT PENANG 2030 DAN KEBUN KOMUNITI

KADUN SUNGAI PINANG

4 JUN 2023

YB Lim Siew Khim

ADUN Sungai Pinang

YB RSN Rayer

Ahli Parlimen Jelutong

Para Pengerusi & Jawatankuasa MPKK, JPWK & JBPP KADUN Sungai Pinang

Para Jemputan

Para Penduduk Tempatan

Raka-Rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada YB Lim Siew Khim selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang atas jemputan sempena Majlis Perasmian Pusat Penang2030 & Kebun Komuniti Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Pinang pada petang ini.

Ini merupakan Pusat Penang2030 yang ke-25 yang telah beroperasi secara rasminya, daripada keseluruhan 40 pusat yang kita sasarkan di seluruh negeri Pulau Pinang.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan ADUN yang menyambut baik dan menyokong inisiatif ini serta merealisasikannya di kawasan masing-masing.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sebagaimana maklum, inisiatif khas yakni penubuhan Pusat Penang2030 ini merupakan cetusan idea serta tekad Kerajaan Negeri ke arah mempercepatkan aspirasi Visi Penang2030 iaitu untuk Pulau Pinang muncul sebagai sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.

Di sini, akan wujudnya sebuah pusat berkonsepkan guna sama atau ‘shared space’ bagi membolehkan aktiviti kemasyarakatan, pembangunan sosial dan pemerkasaan komuniti berteraskan nilai-nilai murni, mengikut kreativiti dan kesesuaian kawasan masing-masing.

Justeru, adalah diharapkan Pusat Penang2030 KADUN Sungai Pinang ini dapat digunakan secara optimum dengan penyertaan semua lapisan komuniti termasuk golongan belia, wanita dan juga warga emas secara menyeluruh.

Malah, apa yang paling penting dan diharapkan oleh Kerajaan Negeri adalah ia dapat mencapai serta menetapi objektif penubuhan asalnya dalam memperkasakan komunti setempat pada semua aspek kehidupan.

Kita ingin melihat komuniti yang sihat dan bergerak selaras dengan aspirasi Visi Penang2030 yang menjadi panduan penting kepada pembangunan ekonomi serta sosial negeri yang kita cintai ini tanpa meminggirkan mana-mana golongan.

Di pihak Kerajaan Negeri, saya dan rakan-rakan ADUN akan terus bekerja dan berkhidmat dalam membawa negeri ini terus gemilang di masa hadapan. Bersama-sama kita membangunkan negeri yang dicintai dengan semangat LovePENANG.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada ADUN Sungai Pinang, YB Lim Siew Khim dan pasukan serta semua yang terlibat dalam menjayakan Pusat Penang2030 KADUN Sungai Pinang dan juga inisiatif Kebun Komuniti di belakang dewan ini.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang