槟州首席部长曹观友 2021年11月19日于乔治市光大发表文告

提升加强剂设施

州卫生系统处于戒备状态

 

截至 2021 年 11 月 18 日,州内共有 73 家私营机构(诊所和医院)以及一个“医疗组织”(Health Care Organitation / 简称 HCO,每日注射量超过 1000 剂)提供加强剂注射服务。

为进一步提高现有接种率,槟州卫生局(JKNPP)正在鉴定合适礼堂设置HCO。由于通过MySejahtera应用程序发出的预约中只有60至70%人赴约接种,因此有必要进一步提高民众对注射加强剂的意识。

关于槟州的新冠肺炎感染的趋势,自2021年9月8日(第 36 周)的每日最高确诊病例达到2474宗后,如今正呈下降趋势。在第46周,每日确诊数据介于220至327之间。截至2021年11月18日,卫生局的危机准备及应对中心(CPRC)共接获327宗新病例的汇报,因此槟州的新冠肺炎累计确诊病例共达14万9707 宗。

至于感染群报告,制造业在第46周共增加了3个感染群。 迄今为止,有9个活跃感染群,即制造业 3个、职场2个、教育机构1个和高危人群3个。为阻断传染链,州政府和卫生局将持续采取预防与进一步的监测措施。

在医疗设施方面,截至2021年11月18日,槟城中央医院的冠病患者急症床使用率为37%、甲抛峇底医院的急症床使用率为34%。至于州内冠病患者的重症加护病房(ICU) 床使用率则为 53%,并且时刻处于戒备状态,以备不时之需。

至于冠病隔离及低风险治疗中心(PKRC),爪夷玛拉卓越培训中心(MEC)的床位总使用率为 17%,爱心大厦PKRC 则处于戒备状态,以便在有需要时启用。

新冠肺炎病毒依然传播于社区之中。因此,为了能够尽早控制病毒的传播,我们鼓励民众实践自我公共卫生或TRIIS(检测、报告、隔离、通知和寻求医疗),特别是在出现感冒、发烧、咳嗽等感染症状时,请立即自行检测或到邻近的医疗机构筛检。

在此促请各方,特别是确诊患者以及通过 MySejahtera 应用程序接获“居家隔离令”(HSO)者,即使没有佩戴“粉红色”手环,也要遵循指示。

遵守标准作业程序(SOP),并持续实践自律、社区纪律和公民纪律。

槟城应对新冠肺炎!

KENYATAAN MEDIA KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW BERTARIKH 19 NOVEMBER 2021 DI KOMTAR, GEORGE TOWN

TAMBAHAN FASILITI SUNTIKAN DOS PENGGALAK, SISTEM KESIHATAN NEGERI TERKAWAL SENTIASA BERSIAP SIAGA

 

 

Sehingga 18 November 2021, sebanyak 73 fasiliti swasta (klinik dan hospital) serta sebuah ‘Health Care Organisation’ (HCO, dengan kapasiti melebihi 1,000 suntikan/sehari) beroperasi sebagai pusat pemberian suntikan dos penggalak (booster) di negeri ini.

Dalam usaha meningkatkan lagi kadar suntikan sedia ada, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kini dalam proses mengenal pasti beberapa lagi HCO membabitkan dewan-dewan yang bersesuaian. Umumnya, kesedaran berhubung penerimaan dos penggalak perlu ditingkatkan lagi memandangkan daripada jumlah janji temu yang diberikan menerusi aplikasi MySejahtera, hanya 60-70 peratus hadir mendapatkan suntikan.

Berhubung trend jangkitan COVID-19 di negeri Pulau Pinang, sejak pelaporan kes harian tertinggi sebanyak 2,474 pada 8 September 2021 (minggu epid 36), kini ia menunjukkan trend menurun. Bagi minggu epid 46, julat data harian adalah di antara 220 - 327 kes. Sehingga 18 November 2021, sebanyak 327 kes baru telah dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) JKNPP, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Pulau Pinang adalah sebanyak 149,707 kes.

Bagi pelaporan kluster pula, untuk minggu epid 46, terdapat pertambahan tiga kluster baru dari sektor perkilangan. Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kluster aktif iaitu sektor perkilangan (3); tempat kerja (2); institusi pendidikan (1) dan kumpulan berisiko tinggi (3). Kerajaan Negeri dan JKNPP sentiasa mengambil langkah berwaspada serta pemantauan lanjut bagi menghalang rantaian perebakannya.

Daripada segi kemudahan fasiliti perubatan, sehingga 18 November 2021, jumlah penggunaan katil akut untuk pesakit COVID-19 adalah sebanyak 37 peratus di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Kepala Batas (34 peratus). Manakala penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 53 peratus dan semua kelengkapan sentiasa berada pada tahap siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), jumlah penggunaan katil di Pusat Kecemerlangan Mara (MEC), Jawi adalah sebanyak 17 peratus manakala PKRC Kompleks Masyarakat Penyayang diletakkan pada keadaan bersiap sedia dan bakal diaktifkan apabila diperlukan.

Penularan jangkitan COVID-19 masih berlaku dalam komuniti. Justeru, umum adalah digalakkan untuk mengamalkan Kesihatan Awam Kendiri/TRIIS (Test, Report, Inform, Isolate, Seek) khususnya segera membuat ujian saringan sama ada secara kendiri atau di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan seperti selesema, demam, batuk dan lain-lain bagi kawalan penularan di peringkat awal.

Semua pihak khususnya mereka yang positif dan menerima arahan ‘Home Surveillance Order’ (HSO) menerusi aplikasi MySejahtera walaupun tanpa gelang ‘pink’ secara fizikal juga adalah ditegaskan supaya mengikut arahan dikeluarkan.

Patuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Terus amalkan disiplin diri, disiplin masyarakat serta disiplin warganegara.

Penang Lawan COVID-19!

 

槟州首席部长曹观友 2022年1月11日于乔治市光大发表文告

调动资源和持续监测; 确保加强剂注射率达到目标

 槟州政府将继续采取预防措施,并随时准备应对任何可能发生的情况,以确保槟州疫情一直得到控制。

 

 我已指示槟州卫生局(JKNPP)继续监测目前的情况包括感染趋势、基本传染指数和反应时间,以防止病例突增而导致槟州卫生系统崩溃。另外,槟州卫生局及各个相关机构必须准调动所有资源,以应对确诊病例的增加,尤其是涉及奥密克戎(Omicron)变种病毒的病例。

 

  同时,随着 100 家私人诊所、10个外展疫苗接种中心(tapak off-site)的运营,以及展开所有地区的外展计划(outreach),槟州卫生局也受促加快槟州注射加强剂的速度,相信槟州能在二月杪前达到卫生部所设定的目标。 再次强调,如今已不允许直接登门接种加强剂,所有预约都得通过 MySejahtera 应用程序进行,以避免疫苗接种中心拥挤。

 

 与此同时,槟城国家安全特别委员会于昨日(2022 年 1 月 10 日)召开的新冠肺炎管理会议中,也作出以下决议:

 (i) 爱心大厦(KMP) 将继续作为东北县低风险新冠肺炎低风险隔离及治疗中心(PKRC) 和得来速新冠肺炎评估中心 (CAC) 。

(ii) 威南爪夷玛拉卓越培训中心 (MEC) 也将继续作为新冠肺炎低风险新冠肺炎隔离及治疗中心,而巴巷湾酒店(Bahang Bay Hotel)和 沃克套房酒店(Vouk Suites Hotel) 则作为私人隔离站,让从国外回马的受监督人士(PUS)隔离。

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang