MAJLIS PERASMIAN PROGRAM EKSPO AGRO-TANI PINANG TUNGGAL
UCAPAN OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG YAB TUAN CHOW KON YEOW
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM EKSPO AGRO-TANI PINANG TUNGGAL
3 JANUARI 2021
YB Yeoh Soon Hin
EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif
YB Soon Lip Chee
EXCO Belia dan Sukan
Yang Berbahagia Dato’ Sr. Haji Rozali bin Haji Mohamud
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
Dato’ Koe Peng Kang
Senior EVP, S P Setia Berhad
Encik Ricky Yeo
Divisional General Manager, S P Setia Berhad
Dato’ Chin Poh Chai
Encik Lay Hock Peng
Pegawai Penyelaras Khas kepada Ketua Menteri
Encik Ooi Yong Wooi
Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
Rakan-rakan Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
Selamat Tahun Baru 2021.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SP Setia Berhad yang telah memberikan komitmen yang begitu tinggi dalam memastikan Majlis Perasmian Program HELLO Market pada pagi ini dapat diadakan dengan jayanya.
Dengan tanah berkeluasan 1,691 ekar yang terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara (SPU), SP Setia Fontaines menjadi sebuah bandar baharu di Wilayah Utara yang dirancang bertaraf antarabangsa, dengan kedudukan yang sangat strategik dilengkapi pelbagai kemudahan lain seperti pasaraya, Institut Pengajian Tinggi (IPT), sekolah dan pelbagai lagi yang dapat diakses terus melalui Lebuhraya Utama.
SP Setia Fontaines adalah sebuah bandar yang dirancang dengan begitu baik dan tidak hanya terhad kepada skim perumahan sahaja, tetapi turut menyediakan Pelan Induk dengan konsep eko bandar pusat sebagai nilai tambah bagi menarik penyertaan masyarakat.
Antaranya adalah seperti berikut:
a) Setia International Waterfront Center dan Musical fountain akan menjadi tarikan, dan ini akan mengubah kawasan ini sebagai salah satu tempat pelancongan.
b) Tasik seluas 63 ekar dan taman awam seluas 37 ekar memberikan tempat tinggal yang lebih baik
Dan hari ini, SP Setia Fontaines menyediakan satu lagi kemudahan baharu kepada masyarakat setempat dengan diberi nama HELLO Market, dengan menyediakan platform dan memberi peluang kepada para petani dan pengusaha persendirian untuk mempromosikan dan menjual produk kepada para pelanggan secara terus.
Dalam masa yang sama, objektif ini membolehkan penjual dan pembeli untuk mencipta situasi menang-menang untuk menawarkan produk yang segar dan memperolehi harga yang rendah dan berpatutan.
Sekian, terima kasih.