MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA

 

2 FEBRUARI 2022

DEWAN PERHIMPUNAN CINA PULAU PINANG

Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan

Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Khadijah binti Mohd. Nor

YB Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri

YB Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

H.E. Lu Shiwei

Konsul Jeneral China

Dato’ Seri Khor Teng How

Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, selaku penganjur Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina atas penganjuran majlis yang cukup meriah ini.

Dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Khadijah binti Mohd. Nor dalam acara tradisi ini, ia amat bermakna dan menyerikan majlis kita pada kali ini.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua. Semoga tahun harimau ini menjadikan kita semua lebih optimis dalam menempuh saat-saat getir di era pandemik COVID-19 ini.

Berdepan cabaran untuk pemulihan dan kestabilan ekonomi, setiap daripada kita mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat besar terutama dalam menggalas harapan dan impian rakyat yang menggunung untuk melihat keadaan kembali normal.

Justeru, saya ingin menyeru kepada semua untuk mengukuhkan jalinan kerjasama ini agar kita dapat menyediakan platform yang lebih kukuh dan terjamin untuk masa depan Pulau Pinang yang lebih baik.

Melalui Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, diharapkan aspirasi ini akan terus membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk menarik lebih banyak penyertaan dan kolaborasi dalam merangka hala tuju yang lebih relevan dan berkesan bagi memenuhi impian dan harapan rakyat.

Saya yakin dan percaya jalinan kerjasama yang strategik ini mampu direalisasikan dan dicapai dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

 

各位来宾,首先,我谨代表槟州政府向全槟州人民,以及所有关心和支持槟州发展的海内外朋友们说声:新年快乐!

过去的一年,我们在对抗疫情的工作上取得明显的进展,槟州人民也因此在各方面获得较上一年更好的成绩。同时,也因为大家的共同努力,今天的我们才有机会再次聚在这里,给彼此献上新年的祝福。

当然,我们都知道相比过去的日子,槟州人民的经济水平、生活条件,还有进步的空间。

因此,槟州政府一直以来都不曾松懈,而是将精力和资源集中在应对病毒以及加强经济复苏计划。

随着国家管制措施的松绑,国内的经济已有明显复苏的迹象。尤其是在槟城,我们可以看见交通开始繁忙,州内的酒店预定也开始走高,这些都是好现象,象征着槟州的经济以及人民生活开始有了改善。

回顾2021年,虽然疫情打乱了我们的生活,但同时也加速了槟州的发展和数码转型的步伐。

2022年,槟州政府选择优化槟城2030”为财政预算案主题,以符合州政府在后新冠肺炎疫情时代重振经济的目标。希望可以透过这个预算案,进一步强化槟州发展,好让经济领域,以及受疫情影响的人民生活得以复苏。

各位,为了促进经济平稳、健康发展,以及社会的和谐稳定,一切都离不开官民团结合作。

在此,我要特别感谢槟州华人大会堂在过去的日子里,除了关注华社事务,也扮演着华社与政府之间的桥梁,将华社心声上达,通过沟通和协商,促进人民与政府之间的联系与谅解。

2022年是“虎年”,象征着勇敢与自信。让我们在这新的一年里,为更美好的槟城勇往直前,精诚团结。

也祝愿大家在新的一年里虎虎生威、身体健康、家庭幸福!

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang