MAJLIS PERASMIAN BAGI PERLAWANAN LIGA M3 (MALAYSIA AMATEUR FOOTBALL LEAGUE 2022)

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN BAGI PERLAWANAN LIGA M3

(MALAYSIA AMATEUR FOOTBALL LEAGUE 2022)

 

12 FEBRUARI 2022

STADIUM NEGERI BATU KAWAN

 

YB Dato’ Dr. Amar Pritpal bin Abdullah

Timbalan Speaker DUN merangkap ADUN Sungai Bakap

YB Goh Choon Aik

ADUN Bukit Tambun

YB Kasthuriraani a/p Patto

Ahli Parlimen Batu Kawan/ Penasihat Bukit Tambun FC

Encik Mohd Balkish bin Othman

Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan (SPS)

Encik Dastagir bin Mohd Yassin

Setiausaha Kehormat FAP

Encik Foo Yu Keong

Presiden Bukit Tambun FC (BTFC)

Encik Lim Ghim Chai LIM

Pengarah Gimmart Sdn Bhd/ Penaja Utama BTFC

Encik Noor Soallihin bin Mohamed

CEO, Hakka Clo PLT/ Penaja Jersi BTFC

Encik Shu Lay Ee

Pengarah Urusan Maxonic Marketing Sdn Bhd/ Rakan Stategik BTFC

Para pasukan dan pemain

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

 

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kelab Bola Sepak Bukit Tambun atas jemputan sempena perlawanan pembukaan Liga M3 (Malaysia Amateur Football League 2022) di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada petang yang berbahagia ini.

Liga M3 mempunyai kelasnya yang tersendiri. Sepertimana yang sedia maklum, Liga M3 yang dianjurkan oleh Amateur Football League (AFL) ini merupakan Liga Bola Sepak Malaysia tahap ketiga, iaitu selepas Liga Super dan Liga Premier.

Selepas penganjuran bagi tahun 2020 dan 2021 terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19, namun AFL cukup optimis dan kini, Liga M3 Tahun 2022 sudah bersedia untuk beraksi. Kesemua 20 pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan bakal merebut gelaran Juara Liga M3 2022.

Saingan peringkat kumpulan dimulakan pada hari ini dan perlawanan akhir dijadualkan pada 3 September 2022. Kita berharap situasi semasa COVID-19 ini dapat dikawal dan tidak menggangu jadual perlawanan liga ini.

Saya berharap semua pasukan dapat menampilkan aksi terbaik bukan untuk sahaja untuk rekod dan pencapaian diri sendiri tetapi untuk pasukan secara keseluruhannya.

Saya tidak bercadang untuk berucap lebih lama. Justeru, kepada pasukan Bukit Tambun FC (BTFC) yang merupakan wakil tunggal untuk Pulau Pinang dan pasukan Harini KS FC (dari Selangor), saya ingin mengucapkan selamat beraksi. Manfaatkan masa 90 minit di atas padang untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam semangat berpasukan yang tinggi.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang