MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SUKAN FUTSAL TANJONG 2022
UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN
KARNIVAL SUKAN FUTSAL TANJONG 2022
12 JUN 2022
KINTA FUTSAL CLUB
Encik Lau Keng Ee
Setiausaha Ahli Parlimen Tanjong
Encik Mak Tong Lee
Pengerusi MPKK Jalan Transfer/Jalan Argyll
Barisan Ahli-ahli MPKK Jalan Transfer/Jalan Argyll
Para Peserta
Rakan-rakan Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih MPKK Jalan Transfer/Jalan Argyll atas penganjuran program pada pagi ini.
Karnival Sukan Futsal Tanjong 2022 yang julung kali diadakan di Kinta Futsal Club ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan, selaras dengan hasrat Visi Penang2030 untuk mewujudkan komuniti yang cergas dan cerdas di samping melahirkan modal insan yang aktif dan produktif.
Selain daripada matlamat untuk bertanding dan menang dalam kejohanan ini, karnival seperti ini amat bagus bagi menimba pengalaman dan pengetahuan baru mengenai kemahiran sukan futsal dan juga meningkatkan kemahiran interaksi antara satu sama lain. Sukan adalah satu-satunya pemangkin universal yang dapat menyatukan rakyat dalam mengejar kegemilangan
Saya dimaklumkan bahawa terdapat sebanyak 84 peserta yang terdiri daripada 12 pasukan yang akan mengambil bahagian dalam karnival ini.
Dalam apa jua pertandingan yang diadakan, akan ada pihak yang menang dan ada pihak yang akan kalah. Percayalah, kemenangan bukan perkara yang utama, tetapi yang lebih utama adalah semangat kesukanan yang ditunjukkan dalam pertandingan dan matlamat untuk membentuk kerjasama dalam pasukan merupakan elemen kejayaan yang lebih utama.
Justeru, saya berharap setiap daripada anda dapat mempamerkan aksi yang bertenaga dan memanfaatkan peluang ini untuk kemajuan diri sendiri dan pasukan.
Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan kali ini. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi pada kejohonan-kejohanan sukan akan datang.
Dengan ini, saya merasmikan “Karnival Sukan Futsal Tanjong 2022” ini.
Sekian, terima kasih.