SUMBANGAN KHAS KEPADA PELAJAR CEMERLANG

SUMBANGAN KHAS KEPADA PELAJAR CEMERLANG

 

13 JUN 2022

KOMTAR, GEORGE TOWN

 

YB Profesor Ramasamy a/l Palanisamy

Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang

Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin mengalukan-alukan kehadiran seorang pelajar cemerlang negeri ini yang telah mengharumkan nama negeri Pulau Pinang dan Malaysia.

 

 

1. Kingston Lew Yen Wei

Hadir bersama bapa (Encik Lew Park Leong), ibu (Puan Chong Yueh Chin) dan mentor (Dr Rebecca Ow Phui San).

Kerajaan Negeri berbesar hati untuk memberikan RM3,000 kepada pelajar ini. Semoga ia akan menjadi pemangkin semangat untuk terus mengecapi kejayaan pada masa akan datang.

LATAR BELAKANG PELAJAR

 

1. Kingston Lew Yen Wei

Umur                    :           18 tahun

Pendidikan          :           Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian)

Nama Institut      :           Massachusetts Institute of Technology  (MIT), US

Kursus                 :           Sains Komputer, Ekonomi, Sains Data & Analitik  Bisnes

Kingston menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, khususnya debat dan pidato.

Antara pencapaian tertinggi dalam bidang akademik:

 

- 9A dalam IGCSE (International General Certificate of Secondary Education Cambridge)

- Tokoh Pelajar Akademik dan Kokurikulum Chung Ling

- Dilantik untuk mewakili Malaysia dan melanjutkan pelajaran matrikulasi (International Baccalaureate Diploma Programme) di United World College atas biasiswa Davis

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang