MAJLIS PERASMIAN PERDA CITY FLEA MARKET

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN

PERDA CITY FLEA MARKET

 

29 JULAI 2022

………………………………………………………………

 

Yang Berusaha Tuan Baderul Amin

Setiausaha Majlis Bandaraya Seberang Perai

 

Yang Dihormati ACP Tan Cheng San

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah

 

Yang Dihormati Supt Mohd Nor bin Daud

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah

 

Ahli-ahli Majlis MBSP

 

En. Jeff Wong Poh Chen

Pengarah Urusan Mosaic Management & Event Sdn. Bhd.

 

Barisan Pengurusan Mosaic Management & Event Sdn. Bhd.

 

En. Bey Ye Xun

Selaku pemilik tanah projek

 

Wakil–wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

 

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan  yang dihormati sekalian

 

Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat Mosaic Event & Management Sdn Bhd atas jemputan sempena Majlis Pembukaan Perda City Flea Market di Bandar Perda yang akan dibuka secara rasminya pada malam yang berbahagia ini.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya amat menghargai inisiatif dan usaha yang digerakkan oleh syarikat Mosaic Event & Management Sdn Bhd untuk membangunkan kawasan seluas 3 ekar ini.

Kerajaan Negeri percaya dengan pengenalan tapak Perda City Flea Market ini, ia merupakan langkah permulaan yang amat bagi golongan sasaran seperti para peniaga terutamanya bagi memperkenalkan produk keluaran masing-masing.

Sepertimana yang dimaklumkan, elemen dan konsep moden kontemporari telah diketengahkan bagi membangunkan kawasan yang terletak di tengah-tengah kawasan bandar yang sedang membangun ini.

Dan saya pasti lokasi ini bakal menjadi hab atau port baharu untuk orang ramai melakukan aktiviti masa lapang terutamanya bersama keluarga dan rakan-rakan.

Perda City Flea Market ini akan beroperasi setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 3.00 pagi dan menampung sebanyak 154 gerai yang akan mempamerkan pelbagai jenis produk tempatan dan produk segar.

Di samping itu, saya juga dimaklumkan pelbagai aktiviti bakal dianjurkan di tapak ini seperti “Fun Fair”, “Game House” dan “Open Cinema”.

 

Bagi memastikan lokasi ini untuk terus kekal relavan, saya ingin mencadangkan kepada pihak pengurusan dan agensi-agensi berkaitan untuk terus memastikan penambahbaikan dari semasa ke semasa terutama dari segi pengisian program-program yang lebih menarik bagi membolehkan lebih ramai pengunjung untuk mengunjungi tempat ini.

Di samping itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan juga untuk memastikan persekitaran yang lebih kondusif dan mampan terutama dalam penyediaan ruang parkir yang mencukupi dan kawalan aliran lalulintas yang lebih baik demi keselesaan para peniaga dan pengunjung.

Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur dan semua yang telah menjayakan majlis ini. Diharapkan dengan penyediaan tapak dan ruang niaga yang baharu ini, ia dapat membantu merancakkan lagi rezeki dan ekonomi para peniaga serta memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk sekitar Bandar Bukit Mertajam dan keseluruhan kawasan Seberang Perai Tengah (SPT).

Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Perda City Flea Market.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang