MAJLIS MAKAN MALAM HARI ULANG TAHUN KE-36 PENANG FORWARD SPORTS CLUB (PFSC)

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG,

YAB TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

HARI ULANG TAHUN KE-36

PENANG FORWARD SPORTS CLUB (PFSC)

 

15 SEPTEMBER 2022

 

槟州前进体育会成立36周年纪念

槟州首席部长曹观友致词稿

2022915日,7.30pm

HE Mr. Raschada Jiwalai,

Consul General of Thailand in Penang

Lim Choo Hooi

Pengerusi, Penang Forward Sports Club (PFSC)

Datuk Tom Khoo

Penasihat Tetap, Penang Forward Sports Club (PFSC)

Tan Sri Tan Khoon Hai,

Pengerusi, Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang

 

Para Jemputan

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Penang Forwards Sports Club (PFSC) atas jemputan sempena Majlis Makan Malam Hari Ulang Tahun Ke-36 Penang Forward Sports Club (PFSC) pada malam yang berbahagia ini.

Sejak dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, ini merupakan kali ketiga saya dijemput bagi menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan ini. Dan sememangnya saya gembira untuk turut serta dalam majlis sedemikian sebagai tanda sokongan atas sumbangan yang telah diberikan oleh kelab ini.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1980-an, Penang Forward Sports Club (PFSC) sememangnya sudah tidak asing lagi sebagai sebuah kelab sukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ternama. Daripada hanya dianggotai oleh beberapa orang sahaja, kini kelab ini boleh bangga dengan segala pencapaian yang telah diraikan.

Hari ini, PFSC telah melahirkan ramai atlet yang telah berjaya dalam arena sukan dan berjaya mengharumkan nama negeri dan negara dalam pelbagai kejohanan sukan di peringkat negara dan antarabangsa.

Boleh dikatakan PFSC adalah salah satu contoh NGO sukan yang telah berjaya memberi inspirasi kepada kumpulan-kumpulan atau kelab-kelab lain untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat, sekaligus membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menjayakan Visi Penang2030.

Kejayaan penganjuran "LovePENANG Run" yang dianjurkan baru-baru ini bersama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Sukan Pulau Pinang (MSNPP) telah meletakkan PFSC dalam kelas yang tersendiri.  

Bertepatan dengan objektif utama penganjurannya, penglibatan masyarakat pelbagai kaum dalam LovePENANG Run ini selari dengan usaha menyemarakkan semula kehidupan sosial rakyat di negeri Pulau Pinang pasca pandemik COVID-19.

Kita percaya sukan mampu menyatukan masyarakat. Arena sukan akan terus kekal sebagai platform dan menjadi landasan terbaik dalam memupuk dan memperkasa perpaduan antara kaum, selain menjadi medan membentuk kemajuan dan pembangunan atlet.

Justeru, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa PFSC atas segala sokongan, khidmat dan bakti yang telah dilaksanakan selama ini. Kita berharap akan ada lebih banyak kerjasama pada masa-masa akan datang, demi kejayaan pembangunan sukan di negeri ini.

Sekian, terima kasih.

 

HE Mr. Raschada Jiwalai,

Consul General of Thailand in Penang

 

槟州前进体育会主席    林子辉

永久顾问                        拿督邱继勇

槟州华人大会堂主席    丹斯里陈坤海博士

各位来宾以及媒体的朋友们,大家晚上好。

首先,在此祝贺槟州前进体育会成立36周年纪念晚宴圆满成功举行。

这是我担任首席部长以来,第3次出席贵会的周年晚宴。每次到达活动现场,我都感觉到自己好像年轻了十岁,因为这里以“体育”会友的场合,聚集了充满活力的体育健将们,难免让人联想到“活力”、“奔放”、“年轻”,让我们在心灵上拥有年轻的感觉。

南非前总统曼德拉有句名言是这么说的:“体育有改变世界的力量。它能鼓舞人心。它能团结人们,它的力量无可取代。”

根据我对前进体育会的观察,贵会已经发挥到了“体育就是团结”、“体育鼓舞人心”,以及“体育凝聚大家”的作用。贵会也在今晚的宴会展示出特色,让我国三大种族同胞们,因为共同的爱好而共聚一堂。

除了多元种族,前进体育会也聚集了多元化的运动爱好者,像是跑步、龙舟队,还有舞龙舞狮团队伍。这些队伍都在各个体育项目里取得非凡的成绩,例如“前进龙舟队”无论是在国际赛事或本地赛事,都是名列前矛。

另外,在马拉松、越野赛跑、环岛赛跑,甚至是“全槟华人越野赛跑”中,前进体育会也多次获得三甲的成绩。

槟州前进体育会的成绩是有目共睹的,同时也一直给予人们深刻的印象。

最近,槟州政府和槟州体育理事会在新冠疫情放缓后,与槟州前进体育会联办了“爱槟城跑”(LovePENANG Run)。

这可说是疫情放缓后最多人参与的户外活动,参与人数约有1万人,做到了“鼓舞人心、团结国民、健康社会”的正能量,可说是相当成功。

前进体育会在这项活动中功不可没,展现了运动的魅力,将各大种族凝聚在一起,一起运动,一起“爱槟城”。

今晚,我也想借此机会向贵会主席林子辉及永久顾问拿督邱继勇的热情和无私奉献给予赞赏。前进体育会在你们的领导下不分种族,栽培选手为州为国争光,这是相当难能可贵的。

我在“爱槟城跑”活动上曾经承诺,明年将会再次举办这项活动。作为州政府的重要帮手,我再次邀请前进体育会参与其盛,一同缔造健康社会,一同为“爱槟城”努力!

最后,再次感谢大会的邀请。也祝福大家身体健康、幸福美满,马来西亚日假期愉快。

谢谢!

LOVEPENANG, PFSC, 槟州前进体育会

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang