MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2023 KETUA MENTERI PULAU PINANG
UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW
BERSEMPENA MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2023
KETUA MENTERI PULAU PINANG
23 JANUARI 2023, ISNIN
SPICE ARENA, BAYAN BARU
Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd. Nor
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia
Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Dr. Wan Azizah bin Wan Ismail
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Menteri Dalam Negeri
YB Puan Fadhlina binti Sidek
Menteri Pendidikan Malaysia
YB Dato’ Law Choo Kiang
Speaker Dewan Undangan Negeri
Yang Berbahagia Datin Teoh Hooi Tuang
YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd. Rahman
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang
Yang Berbahagia Datin Hajah Mohaini binti Mohd Saffar
YB Profesor Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang
Yang Berbahagia Puan Kalaiarasi a/p Kolandhavelu
YB Dato’ Mohd. Sayuthi bin Bakar
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Yang Berbahagia Datin Zuraida binti Dahari
YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan isteri
YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan isteri
YB Ahli-Ahli Dewan Rakyat
Yang Berbahagia Konsul-Konsul Jeneral dan Konsul-Konsul Kehormat
Yang Berbahagia Tan Sri/ Dato’ Seri
Yang Berbahagia Dato’- Dato’
Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan
Rakan-rakan Media
Tuan-tuan, Puan-puan dan seluruh rakyat Pulau Pinag yang saya kasihi sekalian
Selamat Petang, Salam Sejahtera dan 大家好!
Terdahulu, izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2023 pada petang yang berbahagia ini.
Sebagai tuan rumah, saya dan isteri mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd. Nor yang sudi meluangkan masa untuk turut serta dan menyerikan lagi majlis ini.
Dalam pada itu, saya mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan seluruh rakyat negeri ini turut meraikan kehadiran serta kepulangan Perdana Menteri Malaysia ke Pulau Mutiara.
Mengambil kesempatan ini, saya dan isteri amat berbesar hati atas kesudian YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan YABhg. Datin Seri Wan Azizah bin Wan Ismail yang sudi melapangkan masa untuk hadir ke majlis ini, sebelum mereka meneruskan beberapa lagi program yang diatur bersempena lawatan ke Pulau Pinang.
Tuan Yang Terutama Tun, Yang Amat Berbahagia Toh Puan dan Hadirin yang dihormati sekalian,
Hari ini, kita bukan sekadar meraikan Tahun Baru Cina, sebaliknya juga untuk meraikan kepelbagaian sambutan, antaranya situasi COVID-19 yang semakin pulih yang mana membolehkan kita kembali menjalani kehidupan sedia kala; meraikan keadaan ekonomi yang menunjukkan percambahan positif; meraikan penglibatan serta penyertaan masyarakat yang aktif serta sentiasa bersama dalam proses pemulihan dan yang paling utama adalah meraikan pelantikan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk menerajui kepimpinan negara.
Inilah makna, semangat dan manifestasi sebenar keseluruhan sambutan ini.
Tuan Yang Terutama Tun, Yang Amat Berbahagia Toh Puan dan Hadirin yang dihormati sekalian,
Dengan kehadiran tahun Arnab atau ‘Water Rabbit’, ketangkasan, kebijaksanaan, kelincahan serta kepantasan yang menjadi sifat semula jadi haiwan berkaitan diharap menjadi pendorong dan panduan kepada kita semua untuk meneruskan misi dan visi dalam terus meletakkan Pulau Pinang di mata dunia.
Selaras dengan Visi Penang 2030 iaitu ke arah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, tumpuan Kerajaan Negeri masih kekal dalam agenda-agenda pemulihan ekonomi dan sosioekonomi pasca pandemik COVID-19 tanpa meminggirkan mana-mana pihak di negeri ini.
Justeru, saya ingin mengajak semua pihak baik kerajaan mahupun swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelbagai organisasi berasaskan komuniti dan seluruh rakyat negeri ini untuk terus mengekalkan keharomian serta ikatan perpaduan yang sedia terjalin demi aspirasi bersama dalam memacu pembangunan negeri dan negara yang lebih baik.
Tuan Yang Terutama Tun, Yang Amat Berbahagia Toh Puan dan Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan pada majlis yang amat bermakna ini, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada YAB Perdana Menteri yang telah membuka lembaran baharu dalam pembentukan Malaysia Madani.
Saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri akan terus menyokong visi dan dasar baharu yang dirumus bagi mencipta lonjakan baharu kepada negara dan negeri Pulau Pinang khasnya. Berbekalkan latar belakang dan pengalaman YAB yang luas, kita percaya kepimpinan YAB Perdana Menteri mampu mencipta magis kepada negara Malaysia secara keseluruhan.
Tuan Yang Terutama Tun, Yang Amat Berbahagia Toh Puan dan Hadirin yang dihormati sekalian,
Kita berkongsi kegembiraan dan meraikan hari bersejarah ini tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Dengan ribuan yang hadir meraikan hari istimewa ini secara bersama umpama sebuah keluarga yang besar, saya berharap intipati sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2023 menjadi medan untuk memperkukuhkan lagi nilai keharmonian dan semangat perpaduan yang menjadi kekuatan negeri Pulau Pinang selama ini.
Sekian, terima kasih. 恭喜恭喜!