MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PERSATUAN KEMAJUAN WANITA PULAU PINANG (PERJUANITA)
MAJLIS BERBUKA PUASA
ANJURAN PERSATUAN KEMAJUAN WANITA PULAU PINANG (PERJUANITA)
27 MAC 2023
DEWAN MJMC, LEBUH AH QUEE
YB Teh Lai Heng
ADUN Komtar
YB Summugam
ADUN Bukit Selambau
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Anvar Hussein
Presiden Panaikulam Malaysia merangkap Presiden MJMC
Yang Berusaha Puan Fatimah binti Kader
Pengasas & Pengerusi PERJUANITA
Yang Berbahagia Dato’ Seri Muhamad Rizwan
Presiden Al- Ehsan Malaysia
Yang Berbahagia Dato’ Seri Haji Barkath Ali
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Barkath Sdn. Bhd.
Janab Shaik Mohamed
Managing Director Shaik Impex Events And International Marketing Executive From Chennai, Tamil Nadu
Tuan Dastagir
Ketua Pegawai Eksekutif Profil Unggul Sdn. Bhd.
Encik Por Cheng Han
Pegawai Khas kepada YB Lim Hui Ying (Timbalan Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Tanjong)
Para Jemputan
Rakan-rakan Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian
Selamat Petang, Salam Sejahtera & Salam Ramadan kepada semua.
- Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Kemajuan Wanita Pulau Pinang (PERJUANITA) atas jemputan sempena Majlis Berbuka Puasa pada petang yang berbahagia ini.
- Syabas dan tahniah juga kepada PERJUANITA yang saban tahun tidak pernah melepaskan peluang untuk menganjurkan acara ini, bagi bersama-sama berkongsi rezeki terutama dengan mereka yang memerlukannya.
- Sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), saya kira ini merupakan aktiviti sosial yang sangat bagus sekali dan diharapkan ia akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang
- Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, hari ini seramai 100 orang yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, keluarga yang berpendapatan rendah dan orang kurang upaya (OKU) akan menerima sedikit sumbangan yang telah disediakan
- Semoga sedikit bantuan ini dapat memberikan kegembiraan dan meringankan beban pengurusan yang dipikul
- Sesungguhnya Kerajaan Negeri amat menghargai pelbagai usaha yang digerakkan bagi membantu dan membangunkan komuniti secara menyeluruh
- Inilah yang menjadi kekuatan dan kelebihan kita di negeri Pulau Pinang selama ini dan diharapkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan ini akan terus terpelihara
- Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Dastagir atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pusat Urus Zakat Pulau Pinang dan juga kepada Cikgu Yunus yang telah dilantik sebagai Persatuan Muslim Bersatu (UMA)
- Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa PERJUANITA dan juga para penyumbang yang telah memberikan komitmen dan juga sokongan yang baik dalam menjayakan majlis ini (terutama YB Shanmugam dan Janab Shaik Mohamed yang datang dari jauh)
- Semoga hubungan yang terjalin pada hari ini dapat terus dikekalkan demi pengukuhan ikatan masyarakat dan negeri yang dicintai ini.