MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PERSATUAN KEMAJUAN WANITA PULAU PINANG (PERJUANITA)

MAJLIS BERBUKA PUASA

ANJURAN PERSATUAN KEMAJUAN WANITA PULAU PINANG (PERJUANITA)

 

27 MAC 2023

DEWAN MJMC, LEBUH AH QUEE

 

 

YB Teh Lai Heng

ADUN Komtar

 

YB Summugam

ADUN Bukit Selambau

 

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Anvar Hussein

Presiden Panaikulam Malaysia merangkap Presiden MJMC

 

Yang Berusaha Puan Fatimah binti Kader

Pengasas & Pengerusi PERJUANITA

Yang Berbahagia Dato’ Seri Muhamad Rizwan

Presiden Al- Ehsan Malaysia

Yang Berbahagia Dato’ Seri Haji Barkath Ali

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Barkath Sdn. Bhd.

 

Janab  Shaik Mohamed

Managing Director Shaik Impex Events And International Marketing Executive From Chennai, Tamil Nadu

Tuan Dastagir

Ketua Pegawai Eksekutif Profil Unggul Sdn. Bhd.

 

Encik Por Cheng Han

Pegawai Khas kepada YB Lim Hui Ying (Timbalan Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Tanjong)

Para Jemputan

Rakan-rakan Media


Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang, Salam Sejahtera & Salam Ramadan kepada semua.

  • Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Kemajuan Wanita Pulau Pinang (PERJUANITA) atas jemputan sempena Majlis Berbuka Puasa pada petang yang berbahagia ini.
  • Syabas dan tahniah juga kepada PERJUANITA yang saban tahun tidak pernah melepaskan peluang untuk menganjurkan acara ini, bagi bersama-sama berkongsi rezeki terutama dengan mereka yang memerlukannya.
  • Sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), saya kira ini merupakan aktiviti sosial yang sangat bagus sekali dan diharapkan ia akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang
  • Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, hari ini seramai 100 orang yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, keluarga yang berpendapatan rendah dan orang kurang upaya (OKU) akan menerima sedikit sumbangan yang telah disediakan
  • Semoga sedikit bantuan ini dapat memberikan kegembiraan dan meringankan beban pengurusan yang dipikul
  • Sesungguhnya Kerajaan Negeri amat menghargai pelbagai usaha yang digerakkan bagi membantu dan membangunkan komuniti secara menyeluruh
  • Inilah yang menjadi kekuatan dan kelebihan kita di negeri Pulau Pinang selama ini dan diharapkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan ini akan terus terpelihara
  • Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Dastagir atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pusat Urus Zakat Pulau Pinang dan juga kepada Cikgu Yunus yang telah dilantik sebagai Persatuan Muslim Bersatu (UMA)
  • Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa PERJUANITA dan juga para penyumbang yang telah memberikan komitmen dan juga sokongan yang baik dalam menjayakan majlis ini (terutama YB Shanmugam dan Janab Shaik Mohamed yang datang dari jauh)
  • Semoga hubungan yang terjalin pada hari ini dapat terus dikekalkan demi pengukuhan ikatan masyarakat dan negeri yang dicintai ini.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang