MAJLIS IFTAR RAKYAT GEBYAR RAMADAN 2023

MAJLIS IFTAR RAKYAT GEBYAR RAMADAN 2023

28 MAC 2023

MASJID AL-HIDAYAH, BAYAN LEPAS

YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Hussain

Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan

 

Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor

Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

YB Azrul Matahir bin Aziz

ADUN Bayan Lepas

Yang Berbahagia Dato’ Azhar bin Haji Arshad

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri

Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah,Daerah Barat Daya

Para Pemimpin Masyarakat

Tuan Haji Murshid bin Haji Mansor

Pengerusi Masjid Al-Hidayah Bayan Lepas

Para Jemaah Masjid Al-Hidayah Bayan Lepas

Para Jemputan

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Petang, Salam Sejahtera dan Salam Ramadan kepada semua.

CADANGAN TALKING POINTS:

 

  • Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir bagi bersama-sama dalam Majlis Iftar Rakyat yang telah diatur pada hari Ramadan ke-6 petang yang berbahagia ini.
  • Terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya (DBD) serta semua yang terlibat termasuk pengurusan Masjid Al-Hidayah, Bayan Lepas yang menyokong penganjuran program ini.
  • Sama seperti bulan Ramadan pada tahun-tahun sebelum ini, saya amat berbesar hati untuk turut sama menyertai acara berbuka ini tambah-tambah lagi ia diadakan di salah sebuah masjid warisan yang berusia lebih 100 tahun di negeri ini.
  • Mengambil kira semangat bulan Ramadan yang suci, saya berharap platform ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin.
  • Dalam mendepani cabaran yang sukar pada masa kini, komitmen Kerajaan Negeri masih kekal sama untuk memastikan prestasi perkhidmatan yang baik kepada rakyat, termasuklah dalam aspek Hal Ehwal Agama Islam di mana untuk tahun ini, sebanyak RM75.08 juta telah diperuntukkan untuk memperkasakan pembangunan agama Islam.
  • Selain itu, Kerajaan Negeri juga baru meluluskan peruntukan sebanyak RM22,000 kepada 22 surau di KADUN Bayan Lepas masing-masing sebanyak RM1,000. Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu pengurusan surau bagi tujuan mengimarahkan bulan Ramadan ini.
  • Saya tidak bercadang mengambil masa yang lama untuk berucap, justeru saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang melapangkan masa untuk memeriahkan majlis pada petang ini.
  • Semoga tuan-tuan dan puan-puan diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik bagi meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadan ini.

Sekian, terima kasih dan Selamat Berbuka kepada semua.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang