PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK & MAJLIS IFTAR RAKYAT

PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK & MAJLIS IFTAR RAKYAT

 

2 APRIL 2023

SURAU AL-FALAH & KOMPLEKS PENJAJA PANGSAPURI SURIA

 

YB Goh Choon Aik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun

Para Pemimpin Masyarakat

Para Jemputan

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

  • Terima kasih kepada semua yang menyertai Majlis Iftar Rakyat yang telah diaturkan pada petang ini
  • Ini merupakan program yang dianjurkan secara bersama di antara Pejabat Parlimen Batu Kawan, Pejabat ADUN Bukit Tambun dan juga Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri, Pejabat Ketua Menteri
  • Saya berkesempatan untuk menyertai acara tradisi agihan bubur lambuk sebanyak 500 bekas yang telah disediakan di Surau Al-Falah, Bandar Cassia. Terima kasih kepada semua yang membantu sejak dari awal persiapan ini
  • Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, saya gembira diberi peluang dan kesempatan sekali lagi untuk bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam acara tradisi bulan Ramadan iaitu iftar atau buka puasa secara beramai-ramai
  • Saya kira inilah keunikan yang harus diraikan secara bersama, selain merupakan platform untuk mewujudkan hubungan dua hala yang lebih baik antara pimpinan negeri dan komuniti
  • Ini bertepatan dengan dengan gagasan Malaysia Madani dan juga Visi Penang2030 yang menjadi panduan negeri selama ini untuk menyantuni masyarakat tanpa mengira perbezaan agama, budaya bahasa dan latar belakang

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang