MAJLIS BERBUKA PUASA PERSATUAN MUSLIM KADAYANALLUR
MAJLIS BERBUKA PUASA PERSATUAN MUSLIM KADAYANALLUR
9 APRIL 2023, AHAD
645 PETANG
NO. 4, JALAN AS MANSOOR
Yang Berhormat Teh Lai Heng
ADUN Komtar
Yang Berbahagia Tuan Haji Sayed Abdullah Jabbar
Presiden Persatuan Muslim Kadayanallur
Yang Berbahagia Tuan Haji Hassan Othman
Presiden Central Muslim Society,
Yang Berbahagia Dato’ Haji Haja Najmudeen Abdul Kader
Presiden Persatuan Liga Muslim
Yang Dihormati Tuan Abdul Kuthouss Abdul Majid
Pengerusi Biro Agama Persatuan Muslim Kadayanallur
Tuan Mohd. Noor Mastan
Timbalan Presiden Persatuan Muslim Kadayanallur
Tuan Zainudin Abdul Rahman
Setiausaha Persatuan Muslim Kadayanallur
Tuan Abdul Gafoor Othuuman
Bendahari Persatuan Muslim Kadayanallur
Tuan Abu Hassan Pakeer Mohamed
Penolong Setiausaha, Persatuan Muslim Kadayanallur
Ahli jawatankuasa dan Belia Persatuan Muslim Kadayanallur
Presiden-Presiden dan wakil-wakil Persatuan Gabungan
Para Jemputan; Rakan-rakan Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian
NOTA PERCAKAPAN:
- Sebagai pembuka kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Muslim Kadayanallur kerana sudi menjemput saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri ke majlis yang cukup bermakna ini;
- Malah, saya turut berasa terharu kerana saban tahun dapat berada dan bersama-sama kira-kira 200 hadirin di majlis serupa ini bagi meraikan keberkatan bulan Ramadan;
- Persatuan Muslim Kadayanallur merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah berjaya menyuntik nilai-nilai perpaduan antara ummah khasnya sejak penubuhannya;
- Malah, penganjuran program ‘Kongsi Rezeki Kasih Ramadan’ oleh pihak persatuan juga telah membawa penghayatan sebenar nilai Ramadan;
- Secara keseluruhan, Persatuan Muslim Kadayanallur turut memperlihatkan agenda perpaduan, pendidikan, keusahawanan dan sosio-ekonomi yang terus diutamakan selari dengan Visi Penang2030 yang digagaskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
- Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga bergerak selari bagi meluncurkan Malaysia Madani yang merupakan sebuah kerangka visi baru buat negara, suatu ikhtiar nirmala yang bersepadu dan holistik dengan bertunjangkan dasar-dasar berorientasikan masa depan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum;
- Malaysia Madani mewakili enam rukun iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAT), N (keyakiNan) dan I (Ihsan) yang menjadi tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera;
- Justeru, penganjuran majlis-majlis berbuka puasa atau Iftar Rakyat sebegini sememangnya merupakan instrumen terbaik untuk menyuntik nilai perpaduan dalam kalangan rakyat ke arah merealisasikan intipati berkaitan yang digagaskan pada peringkat Kerajaan Persekutuan;
- Dengan ini, saya mengucapkan selamat berbuka puasa kepada semua dan syabas kepada pihak
Sekian, terima kasih.