MAJLIS BERBUKA PUASA PERSATUAN MUSLIM KADAYANALLUR

MAJLIS BERBUKA PUASA PERSATUAN MUSLIM KADAYANALLUR

 

9 APRIL 2023, AHAD

645 PETANG

NO. 4, JALAN AS MANSOOR

 

 

 

 

Yang Berhormat Teh Lai Heng

ADUN Komtar

Yang Berbahagia Tuan Haji Sayed Abdullah Jabbar

Presiden Persatuan Muslim Kadayanallur

Yang Berbahagia Tuan Haji Hassan Othman

Presiden Central Muslim Society,

Yang Berbahagia Dato’ Haji Haja Najmudeen Abdul Kader

Presiden Persatuan Liga Muslim

Yang Dihormati Tuan Abdul Kuthouss Abdul Majid

Pengerusi Biro Agama Persatuan Muslim Kadayanallur

Tuan Mohd. Noor Mastan

Timbalan Presiden Persatuan Muslim Kadayanallur

Tuan Zainudin Abdul Rahman

Setiausaha Persatuan Muslim Kadayanallur

Tuan Abdul Gafoor Othuuman

Bendahari Persatuan Muslim Kadayanallur

Tuan Abu Hassan Pakeer Mohamed

Penolong Setiausaha, Persatuan Muslim Kadayanallur

Ahli jawatankuasa dan Belia Persatuan Muslim Kadayanallur

Presiden-Presiden dan wakil-wakil Persatuan Gabungan

Para Jemputan; Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

NOTA PERCAKAPAN:

 

 

  • Sebagai pembuka kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Muslim Kadayanallur kerana sudi menjemput saya dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri ke majlis yang cukup bermakna ini;
  • Malah, saya turut berasa terharu kerana saban tahun dapat berada dan bersama-sama kira-kira 200 hadirin di majlis serupa ini bagi meraikan keberkatan bulan Ramadan;
  • Persatuan Muslim Kadayanallur merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah berjaya menyuntik nilai-nilai perpaduan antara ummah khasnya sejak penubuhannya;
  • Malah, penganjuran program ‘Kongsi Rezeki Kasih Ramadan’ oleh pihak persatuan juga telah membawa penghayatan sebenar nilai Ramadan;
  • Secara keseluruhan, Persatuan Muslim Kadayanallur turut memperlihatkan agenda perpaduan, pendidikan, keusahawanan dan sosio-ekonomi yang terus diutamakan selari dengan Visi Penang2030 yang digagaskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
  • Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga bergerak selari bagi meluncurkan Malaysia Madani yang merupakan sebuah kerangka visi baru buat negara, suatu ikhtiar nirmala yang bersepadu dan holistik dengan bertunjangkan dasar-dasar berorientasikan masa depan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang madani, maju, terampil dan terangkum;
  • Malaysia Madani mewakili enam rukun iaitu M (keMampanan), A (kesejAhteraan), D (Daya cipta), A (hormAT), N (keyakiNan) dan I (Ihsan) yang menjadi tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera;

  • Justeru, penganjuran majlis-majlis berbuka puasa atau Iftar Rakyat sebegini sememangnya merupakan instrumen terbaik untuk menyuntik nilai perpaduan dalam kalangan rakyat ke arah merealisasikan intipati berkaitan yang digagaskan pada peringkat Kerajaan Persekutuan;
  • Dengan ini, saya mengucapkan selamat berbuka puasa kepada semua dan syabas kepada pihak

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang