PESTA CHINGAY TARIAN SINGA DAN NAGA PULAU PINANG 2023

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

YANG AMAT BERHORMAT TUAN CHOW KON YEOW

SEMPENA PESTA CHINGAY TARIAN SINGA DAN

NAGA PULAU PINANG 2023

 

30 DISEMBER  2023 (SABTU) | 8.30 MALAM

 

LEBUH LIGHT (BERHADAPAN HONG LEONG BANK)

 

 

Terima kasih saudara/i pengerusi majlis

 

YB Wong Hon Wai

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif

 

YB Lim Siew Khim

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam

 

YB Sundarajoo Somu

Exco Perumahan dan Alam Sekitar

 

YB Lim Hui Ying

Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Tanjong

 

Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Ahli-ahli Parlimen

 

YBrs. Dr Ang Ming Chee

Pengurus Besar, George Town World Heritage Incorporated (GTWHI)

 

Dr. Eyo Leng Yan

Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara

 

Puan Haryany Mohamad

Pengarah, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang

 

Rakan-rakan media serta hadirin yang dihormati sekalian

 

Salam Sejahtera, Salam Penang2030 dan Salam Malaysia Madani.

Terlebih dahulu, saya ingin menzahirkan rasa syukur kerana diberikan kesempatan untuk berkumpul bersama-sama pada hari yang berbahagia ini bagi meraikan salah satu budaya yang telah lama tersulam dalam kalangan masyarakat di Pulau Pinang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sambutan Chingay di Pulau Pinang mempunyai sejarah yang panjang. Pada tahun ini, ia merupakan tahun ke-104 Perarakan Chingay telah berlangsung di Pulau Pinang. Berdasarkan data dari Pemetaan Budaya oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perarakan Chingay yang pertama di Pulau Pinang adalah pada tahun 1919 dan ia terus menjadi satu keistimewaan kepada negeri Pulau Pinang sehingga ke hari ini. Perarakan Chingay juga telah diiktiraf sebagai Warisan Budaya Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012.

Dalam misi Kerajaan Negeri untuk mempromosikan budaya Chingay ke peringkat global, pentadbiran ini akan terus berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada pihak UNESCO untuk menjadikan Chingay sebagai Warisan Budaya Bukan Benda di Pulau Pinang bagi memastikan ia tidak ditelan zaman.

Walaupun Chingay adalah warisan budaya tradisional masyarakat Cina, namun keunikan dan warna-warni daripada sambutan budaya ini sentiasa menarik perhatian daripada setiap lapisan masyarakat di Malaysia mahupun pelancong dari luar negara. Jika diperhatikan pada malam ini, pasukan perarakan Chingay di Pulau Pinang turut diserikan dengan pasukan tarian daripada budaya masyarakat Melayu dan juga India.

Hadirnya kita semua pada malam ini merupakan salah satu cerminan sebuah masyarakat yang cintakan nilai sejarah, seni serta warisan walaupun hidup di zaman moden. Hakikatnya, seni dan warisan inilah yang membentuk sesebuah identiti bangsa selain daripada menambah warna-warni kepada wajah Malaysia, sebagai sebuah negara yang kaya dengan seni dan warisan di samping menjadi salah satu faktor penggalak kepada pembangunan industri pelancongan dalam negeri.

Saya amat berbangga kerana dalam usaha kita memelihara dan memartabatkan kesenian dan budaya, nilai perpaduan serta keharmonian dalam kalangan rakyat diperkukuhkan bagi membentuk sebuah masyarakat Madani. Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yakin bahawa negeri ini dapat menjadi negeri contoh ‘Inspires the Nation’ bukan sahaja dalam bidang ekonomi, malah juga dalam pemuliharaan serta pemeliharaan budaya, pembangunan sosial dan lain-lain aspek yang menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara serta tamadun bangsa.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Mengambil kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Saya difahamkan bahawa terdapat 42 pasukan yang terlibat dengan penyertaan sekitar 1,800 individu. Syabas, tahniah dan terima kasih atas penyertaan kalian dalam menjayakan Pesta Chingay, Tarian Singa dan Naga Pulau 2023.

Serentak itu, saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada jawatankuasa penyelaras serta semua sukarelawan yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan acara ini.

Sebagai penutup kata, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan yang memukau Pesta Chingay Tarian Singa dan Naga Pulau Pinang 2023.

Sekian, terima kasih!

 

槟州同乐会大旗鼓龙狮大游行2023

尊敬的各位嘉宾,媒体朋友们,大家晚上好。

首先,我要感谢各位表演队伍的参与。没有你们的辛勤付出和精彩表演,就不会有今天槟州同乐会大旗鼓龙狮大游行的盛况。

据我了解,今晚共有45支队伍、大约1800名表演者参与其中。今天晚上,我们将会看到许多曾经沉寂多年的经典节目重现,例如“墓碑兄墓碑嫂夫妻吵架”和巨龙表演。

一些多年未见的节目,如槟城文化杂技团单轮自行车队和踩高跷表演,也重出江湖。

每一年的大旗鼓游行可以说是槟城在跨入新一年之前的最后一场全民庆典。

有别于其他地方的是,槟城的大旗鼓游行是一个没有宗教色彩,三大民族共同参与的文化盛事。

槟州大旗鼓有着百年的悠久历史,2012年更荣获马来西亚国家文化遗产的殊荣。在推广大旗鼓文化走向世界的使命中,槟州政府将继续努力,争取获得联合国教科文组织的认可,使大旗鼓成为非物质文化遗产,以确保这个文化传统不会失传。

虽然大旗鼓是华人的传统文化,但其独特魅力吸引着其他族群的参与,就像醒狮和舞龙一样。我们的游行队伍不仅有大旗鼓队伍,还有来自马来族和印度族的舞蹈队伍,生动的展示了各民族共同和谐相处的场景。

这类文化庆典是我国艺术遗产和文化底蕴的生动体现。这些传统活动不仅连接着过去的辉煌历史,更是现代社会多元文化的一面镜子,为我们的国家增添了丰富多彩的面貌。

这样的文化庆典不仅弘扬了传统,也促进了不同社群之间的相互理解和尊重,为建设更加团结繁荣的国家奠定了坚实的基础。

在此,我要感谢槟州同乐会大旗鼓龙狮大游行2023筹委会和义务工作者们为这场活动所做的努力。同时,我诚挚地欢迎各位议员、政府机构代表和现场观众的莅临,共同见证这场盛大的大旗鼓龙狮大游行。

最后,让我们共同期待着2023年槟州同乐会大旗鼓龙狮大游行带给我们的精彩表演。

谢谢大家!

Chingay

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang