MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BADMINTON PIALA KETUA MENTERI 2023
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN BADMINTON PIALA KETUA MENTERI 2023
29 MEI 2023 | HOTEL ICONIC
YB Goh Choon Aik
ADUN Bukit Tambun
YB Gooi Hsiao Leung
ADUN Bukit Tengah
Encik Harry Chai Heng Hua
Pengarah, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Bekas Pemain dan Ikon Badminton Pasukan Negara:
- Ong Ewe Hock
- Mohd Roslin bin Hashim
- Lee Yin Yin
- Ong Ewe Chye
Encik Farid Yunus
CEO, redONE Networks Sdn. Bhd.
Dato’ Seri Tan Kean Tatt
Pengarah Urusan, Iconic Worldwide Berhad
Encik Lee Cheun Wei
Pengarah Urusan, Ancom Berhad
Encik Lau Chee Keong
COO Kumpulan & Pengarah Eksekutif, UMC Berhad
Encik Wong Hon Weng
Pengarah Eksekutif, Farlim Group Berhad
Encik Tan Kah Hean
Baguss Trophy
Encik Tang Soon Lai
Jessell Ball Pearl City Sports Centre
Encik Aldent Khor
Crystal Pure Water
Ivy Heng
Celsius
Para Pasukan & Peserta Piala Ketua Menteri 2023
Rakan-rakan Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian
Selamat Petang dan Salam Sejahtera.
Nota Percakapan:
- Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Badminton Piala Ketua Menteri 2023 yang diatur pada malam yang berbahagia ini.
- Secara peribadinya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur dari Pusat Khidmat Parlimen Batu Kawan, para penaja dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan badminton yang telah berlangsung selama dua (2) hari pada Sabtu dan Ahad yang lalu.
- Saya gembira dengan komitmen, keazaman dan semangat kerja berpasukan yang telah ditunjukkan oleh kesemua 150 peserta yang terdiri daripada 12 pasukan di bawah empat (4) kategori bagi merebut Piala Ketua Menteri 2023.
- Kalah dan menang itu adat permainan, dan saya berharap kesemua pemain dan 12 pasukan yang telah beraksi dalam pertandingan ini memperolehi pengalaman dan pendedahan yang cukup berharga.
- Tahniah dan syabas kepada empat (4) pasukan yang akan menerima hadiah sebentar nanti, masing-masing sebanyak RM5,000 untuk juara, RM3,000 (naib juara), RM1,500 (tempat ketiga) dan RM1,000 (tempat keempat).
- Dengan pemberian ini, diharapkan ia dapat menaikkan lagi semangat semua peserta agar terus berusaha untuk meningkatkan prestasi dan mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.
- Seperti yang saya katakan semasa ucapan pembukaan tempoh hari, kita di peringkat Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) akan terus memberi perhatian khusus dalam agenda pembangunan dan kemajuan seperti sukan badminton ini sebagai platform untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat muda yang suatu hari nanti mampu menjadi pelapis dalam sukan badminton ini.
- Selain menggalakkan rakyat bergiat aktif dalam sukan dan memastikan kekal cergas dan sihat, program ini turut memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan, selaras dengan hasrat Visi Penang2030 untuk mewujudkan komuniti yang cergas dan cerdas di samping melahirkan modal insan yang aktif dan produktif.
- Akhir kata, syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita berpeluang untuk bekerjasama lagi pada program-program yang akan datang.
Sekian, terima kasih.