SESI PENYAMPAIAN HADIAH BAGI ANUGERAH INOVASI KETUA MENTERI PULAU PINANG TAHUN 2020  

TEKS UCAPAN YAB TUAN CHOW KON YEOW, KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA SESI PENYAMPAIAN HADIAH BAGI ANUGERAH INOVASI KETUA MENTERI PULAU PINANG TAHUN 2020

 

23 MAC 2021, 4 PETANG
BILIK EXCO, PEJABAT KETUA MENTERI

___________________________________________

 

 

Yang Amat Arif Dato’ Muhamad Abdul Karim bin Wahab

Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

Yang Berbahagia Dato' Dr. Mohamad Farazi bin Johari

Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang;

Yang Berbahagia Dato' Haji Zulkifli bin Long

Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang;

Yang Berusaha Tuan Ahmad Rizal bin Hanapiah
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bahagian Pengurusan;

Ketua-ketua Jabatan Negeri, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pulau Pinang;

Pegawai-pegawai Kanan; dan

Para penonton yang saya hormati sekalian

Selamat petang dan salam sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak urusetia kerana menjemput saya ke Sesi Penyampaian Hadiah bagi Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2020 hari ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang pertandingan Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang (AIKNPP) Tahun 2020 yang telah dinobatkan.

Saya difahamkan bahawa pada tahun 2020, terdapat 16 projek Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah dipertandingkan melibatkan 11 penyertaan bagi Kategori ICT dan Kategori Bukan ICT (5). Tahniah diucapkan.

Sebagai tambahan, bagi kategori utama yang dianjurkan secara tahunan dari tahun 2017 dan mempertaruhkan piala pusingan iaitu Anugerah Inovasi Ketua Menteri Pulau Pinang, saya dimaklumkan bahawa walaupun kategori ini tidak mempunyai pemenang pada 2019, namun rekod tersebut telah dipecahkan pada tahun lalu (2020) menerusi projek bertajuk ‘Sistem Pengurusan Tempat Letak Kereta Smart Parking MBPP’ oleh kumpulan inovasi dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Syabas diucapkan! Semoga projek inovasi ini dapat menjadi penanda aras baharu bukan sahaja kepada pertandingan ini malah secara tidak langsung juga memudahkan urusan serta memberi manfaat kepada rakyat serta pembangunan negeri terutamanya dalam sektor pendigitalan kini. 

Sebagai penutup kata, adalah menjadi harapan saya agar kemenangan ini bakal menjadi sumber inspirasi kepada semua jabatan negeri dan warga kerja untuk terus membuat anjakan inovasi seiring peredaran era globalisasi supaya kita dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri Pulau Pinang secara lebih menyeluruh.

Sekian, terima kasih.

 

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang