MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT TAMILAR KURAL MALAYSIA

UCAPAN OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT TAMILAR KURAL MALAYSIA

3 APRIL 2021

WOO FU SEAFOOD BUKIT TENGAH

 

 

 

YB Profesor Dr. Ramasamy a/l Palanisamy

Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang

 

YB Satees a/l Muniandy

ADUN Bagan Dalam

 

Saudara David Marshel

Presiden NGO Malaysian Tamilar Kural

 

Ahli-Ahli Jawatankuasa Malaysian Tamilar Kural

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

 

 

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas jemputan ke Majlis Makan Malam Amal Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Tamilar Kural Malaysia pada malam yang berbahagia ini.

Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa badan ini yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan pengumpulan dana bagi aktiviti dan program dapat dicapai.

Saya dimaklumkan bahawa sasaran adalah sebanyak RM580,000 dan saya berharap akan ada outcome yang terbaik di penghujung majlis nanti.

 

Di Pulau Pinang, kita mempunyai pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dan lantang bersuara. Walaupun ada kalanya berbeza pendapat dan pendirian, tetapi kita sentiasa menghargai perbezaan ini dan memberi keutamaan dalam memastikan hak dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi agenda yang penting dalam pembangunan negeri, sekaligus merealisasikan Visi Penang2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.

Selain daripada menjadi suara pengimbang, ada juga yang memainkan peranan mereka sebagai penghubung masyarakat dan menjalankan tangggungjawab sosial tanpa mengira batas perkauman.

Begitu juga dengan Malaysian Tamiral Kural. Sejak penubuhan sekitar tahun 2016, NGO ini yang berpengkalan di Pulau Pinang dan mempunyai lebih daripada 1,000 keahlian di seluruh Malaysia telah bergiat aktif dan menunjukkan dedikasi serta komitmen yang tinggi dalam menjaga kebajikan rakyat.

Tahniah dan syabas kepada semua.

Hadirin sekalian,

Saya turut dimaklumkan bahawa Pertubuhan Tamilar Kural mempunyai visi untuk membeli sebuah bangunan di kawasan Taman Inderawasih untuk dijadikan sebuah Pusat Komuniti untuk membolehkan program-program kebajikan seperti kelas komputer dan kelas tuisyen dapat disediakan kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan, selain daripada menjadi Ibu Pejabat Pertubuhan.

Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong usaha-usaha murni dan berharap akan ada kerjasama yang erat antara Public, Private, People partnership demi kehidupan masyarakat yang lebih makmur dan maju.

Dengan kata-kata ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Makan Malam Amal Tamilar Kural Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang