TERKINI PENANG 5 Julai 2021; Jam 1900

TERKINI PENANG

5 Julai 2021; Jam 1900

Saya mengalu-alukan keputusan Majlis Keselamatan Negara(MKN) meluluskan peralihan negeri Pulau Pinang ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Saya dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus memikul tanggungjawab untuk memimpin rakyat dan berusaha bersama-sama seluruh jentera negeri dalam mempertahankan kedudukan yang dicapai ini. 

Cabaran seterusnya adalah bagi memastikan negeri kita mencapai nilai ambang untuk peralihan ke Fasa 3. Pendekatan berkaitan adalah penting supaya lebih banyak sektor dapat dibuka yang seterusnya bakal membawa Pulau Pinang sertarakyat untuk pulih daripada impak pandemik COVID-19secara keseluruhan.

Bagi peringkat seterusnya (Fasa 3), kita perlu memastikan indikator nilai-nilai ambang berikut tercapai:-

(i) Purata kes harian bagi tujuh hari adalah di bawah 109 kes;

(ii) Kemudahan perubatan berada pada paras mencukupi;

(iii) Seramai 40 peratus rakyat (populasi dewasa) menerima dua dos suntikan vaksin.

CHOW KON YEOW

Ketua Menteri Pulau Pinang

Terkini Penang, PPN, Penang Lawan Covid-19, Pelan Pemulihan Negara

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang