MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PENGHIJAUAN WOODHAVEN, JALAN BETEK

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PENGHIJAUAN WOODHAVEN, JALAN BETEK

 

9 APRIL 2022

 

 

YB Chong Eng

EXCO Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam, merangkap ADUN Padang Lalang

YB Soon Lip Chee

EXCO Belia dan Sukan

YB Sim Chee Keong

Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Yang Berusaha Encik Zul Kahar bin Khamis

Pengarah Eksekutif Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang

Ahli Majlis-Ahli Majlis

Rakan-rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang Pulau Pinang kerana telah mengaturkan dengan baik untuk kita semua berkumpul dalam Majlis Pecah Tanah Projek Penghijauan WoodHAVEN, Jalan Betek pada pagi ini.

Untuk makluman semua, cadangan bagi projek penghijaun di kawasan ini telah mendapat sokongan sebulat suara daripada Ahli Mesyuarat MMK pada 22 Julai 2020, dengan peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM3.0 juta.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan berkonsepkan gabungan Taman Bandaraya dan Taman Botani Pulau Pinang, saya pasti Taman Rimba WoodHAVEN dengan keluasan 6.5 ekar ini akan menjadi taman yang terungguh dan juga menambah satu lagi daya tarikan baharu di negeri ini.

Cadangan mewujudkan Taman Rimba WoodHAVEN adalah untuk menjadikannya sebagai sebuah Taman Rimba Rekreasi yang unik, lebih kondusif dan selesa serta lengkap dengan kemudahan-kemudahan untuk “family leisure dan recreation”. Elemen-elemen untuk mencipta suasana sebuah rimba bandar yang sesuai untuk perkhemahan dan program rekreasi berkeluarga turut akan diserap, sekaligus membantu impian kita semua dalam merealisasikan Visi Penang2030 – Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara.

Komponen-komponen Taman Rimba WoodHAVEN ini juga telahpun melalui proses ‘public engagement” atau kumpulan tumpu bincang “HabaqMai” pada 28 Mac 2021 secara bersemuka dan secara atas talian pada 16 April 2021. Sesi tumpu bincang ini telah dihadiri oleh YB Soon Lip Chee, EXCO Belia dan Sukan yang juga merupakan Ahli Lembaga Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang, YB Chong Eng, EXCO Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam  yang merangkap ADUN Padang Lalang, wakil-wakil dari pelbagai agensi seperti Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), MPKK, JPWK, dan penduduk setempat.’

Taman Rimba WoodHAVEN akan memperlihatkan pelbagai konsep yang akan akan dibina. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Tempat Letak Kereta;
  2. Tempat Letak Caravan;
  • Menempatkan Tensile Membrane untuk ruang interpretasi dan kegunaan awam;
  1. Alur Rimba/Forest Groove;
  2. Tandas;
  3. Family Lawn;
  • Terrace Seating
  • Natural Childrens Playground;
  1. Tree Bank;
  2. Boardwalk trail
  3. Walkway trail;
  • Barbeque Area;
  • Camping Site;
  • Hammock corner;
  1. Community Garden;
  • Wave bench
  • Leaft seating
  • Lighting
  • Entrance Signage

Pada hadirin sekalian,

Sejak tahun 2008, pentadbiran Kerajaan Negeri amat menitikberatkan usaha-usaha penghijauan dan mentransformasikan tempat-tempat awam sebegini, agar rakyat dapat menikmati dan memanfaatkan penggunaan infrastruktur yang lebih baik untuk aktiviti riadah dan rekreasi.

Adalah diharapkan apabila siapnya Taman Rimba WoodHAVEN yang dijangka mengambil masa selama 8 bulan ini, ia akan menjadi tempat rekreasi pilihan bukan sahaja kepada penduduk setempat, malah turut menjadi medium untuk penduduk berinteraksi antara satu sama lain sekali gus membantu integrasi sosial dan kesejahteraan hidup rakyat.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada serta semua pihak  yang terlibat atas komitmen yang cukup tinggi dalam menjayakan impian bersama ini. Kerajaan Negeri meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang Pulau Pinang khususnya untuk memantau dan memastikan projek ini berjaya direalisasikan sepertimana yang telah direncanakan.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Tingkat 28, KOMTAR, 10502, George Town, Pulau Pinang